Berita Harian

SKTL Endau berjaya merampas kejuaraan

-

Mersing:

Sekolah Kebangsaan Teluk Lipat (SKTL) Endau, mengunggul­i Kejohanan Bola Baling Perempuan Bawah 12, Majlis Sukan Sekolahsek­olah Daerah (MSSD) Mersing selepas menang 82 ke atas SK Labong (SKLA) di Dewan Tok Mior Kampung Air Tawar Endau, di sini, barubaru ini.

Guru Penolong Kanan Kokurikulu­m SKTL, Encik Mohd Azran Jusoh, berkata SKTL yang pernah menjuarai kejohanan itu pada tahun 2016 berjaya merampas semula kejuaraan pada tahun ini.

Ubah taktik

Katanya, pada perlawanan akhir dengan SKLA, pasukannya ketinggala­n 02 pada separuh masa pertama, namun pertukaran taktik pada separuh masa kedua membuahkan hasil.

“Pasukan SKTL mengawal ketat dua tonggak SKLA, selain memberi fokus untuk menghasilk­an jaringan.

“Akhirnya kami berjaya mengatasi lawan dengan jaringan lapan gol apabila wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan,” katanya.

Wakili Mersing

Sebanyak sembilan pasukan dari sekolah rendah di sekitar daerah itu menyertai kejohanan terbabit memberikan saingan yang sengit pada setiap perlawanan.

Beberapa pemain pasukan SKTL dipilih mewakili MSSD Mersing ke peringkat Majlis Sukan Sekolahsek­olah Johor yang diadakan tidak lama lagi.

Pasukan SK Sawah Dauk (SKSD) menduduki tempat ketiga selepas mengalahka­n SK Teriang (SKTE) dengan jaringan 21 pada penentuan tempat ketiga keempat.

Hadiah disampaika­n oleh Guru Besar SKTL, Encik Murthazar Mohd kepada semua pemenang kejohanan berkenaan.

 ??  ?? Pasukan SKTL dan SKLA bergambar kenangan sebelum perlawanan akhir.
Pasukan SKTL dan SKLA bergambar kenangan sebelum perlawanan akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia