Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah meningkat hampir AS$2 pada Jumaat lalu, melonjak semula selepas mencatatka­n kejatuhan dalam dua hari berikutan peningkata­n Wall Street susulan pengukuhan perangkaan pekerjaan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, pelabur juga berharap rancangan pertemuan antara Presiden AS, Donald Trump dan pemimpin Korea Selatan, Kim Jong Un akan mengurangk­an ketegangan geopolitik.

Kontrak pasaran hadapan minyak mentah Brent meningkat AS$1.88 untuk ditutup pada paras AS$65.49 satu tong, meningkat 2.96 peratus. Brent didagangka­n antara AS$63.69 dan AS$65.63 pada sesi itu.

Kontrak hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) meningkat AS$1.92 kepada AS$62.04 satu tong, meningkat 3.19 peratus.

Minyak mentah AS didagangka­n antara AS$60.14 dan AS$62.14.

Harga minyak mentah melanjutka­n peningkata­n dengan kedua-dua kontrak penanda aras meningkat lebih AS$2.

Minyak mentah Brent dan AS mencatatka­n peningkata­n peratusan mingguan selepas mencatatka­n kejatuhan peratusan mingguan pada minggu sebelumnya.

Trump berkata, beliau bersiap sedia untuk bertemu dengan Kim yang mana akan menjadi pertemuan bersemuka pertama antara pemimpin dari kedua-dua negara.

Kim juga komited untuk menggantun­g ujian nuklear atau peluru berpandu.

Wall Street melonjak selepas perangkaan pembayaran AS menunjukka­n peningkata­n pekerjaan yang kukuh pada Februari.

Indeks S&P 500 meningkat 1.5 peratus, sementara Indeks Komposit Nasdaq mencatat rekod tertinggi, sekali gus menyokong harga minyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia