Berita Harian

Mambang bukan sindiran

Altimet nafi ‘serang’ Malique dalam single baharu, aktif menyanyi hingga akhir tahun

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Meledak di laman Youtube dengan video muzik lirik mencapai lebih 825,000 tontonan sejak dilancarka­n akhir bulan lalu, single terbaharu Altimet berjudul Mambang mengheret rapper itu ke kancah kontrovers­i.

Mengapa tidak, single yang kini mendaki tangga ketujuh dalam carta trending di Youtube Malaysia itu dikatakan menjadi ‘senjata’ untuk Altimet ‘menyerang’ Malique, iaitu bekas anggota kumpulan Too Phat.

Mendengar bait lirik dihasilkan Altimet dalam lagu ciptaan Alif Ilham bersama Emir Hermono itu, netizen pantas mengandaik­an ada sesuatu yang cuba diperkatak­an penyanyi itu terhadap Malique yang dianggap ‘otai’ dalam muzik hip-hop tempatan.

Tidak kurang juga yang menganggap Altimet atau nama sebenarnya, Ahmad Abdul Rahman cuba meminta Malique keluar daripada persembuny­ian dan kembali berkarya.

Bertemu Altimet, penyanyi yang mencetuska­n fenomena pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32, Januari lalu ketika mendendang­kan lagu hit ciptaannya, Amboi, pantas menafikan single Mambang ada kaitan dengan Malique.

“Lagu itu sebenarnya suatu perbualan antara diri saya yang dulu dengan sekarang. Ia seperti monolog atau seolah-olah saya berlawan dengan diri sendiri.

“Saya sudah jelaskan dengan panjang lebar di Twitter. Namun, masih ada yang berpendapa­t kononnya saya menyindir Malique dalam lagu itu. Jadi saya tak boleh buat apa-apa.

“Lagu ini dirakamkan setahun lalu. Ia terhasil daripada perbualan saya dengan rakan yang melihat sejauh mana perjalanan seni dan hala tuju hip-hop di Malaysia yang tidak sampai pun 20 tahun.

“Kalau dulu, ketika bersama Teh Tarik Crew, saya hanya fikir mahu berentap atau battle dengan rapper lain. Namun, sekarang, saya lebih kepada lagu yang berkisar cerita rakyat.

“Saya fikir, kalau diri saya yang dulu berjumpa dengan diri saya sekarang, sudah tentu tak kenal, sangat berbeza. Jadi, timbullah lagu Mambang,” katanya yang bakal menyambut usia 40 tahun pada 27

November ini.

Panas baran

Mengaku ketika muda dirinya panas baran, Altimet berkata, lagu Mambang bersifat abstrak mengikut konsep yang dicetuskan­nya iaitu ‘aku lawan aku’.

“Mendengar lagu ini seolaholah saya marah dengan diri sendiri. Cuma orang akan fikir, saya marah individu lain. Orang fikir saya merah dengan rapper lain pula. Logiknya begitulah.

“Apabila saya dilihat agak otai, orang mesti ingat saya cuba ‘serang’

rapper otai lain. Namun, mustahil saya dilihat cuba ‘menembak’ Joe Flizzow yang bernaung di bawah syarikat sama. Begitulah andaian masing-masing,” katanya.

Bakal lancar lagu baharu

Selepas single Mambang, Altimet memberitah­u, dia akan melancarka­n dendangan baharu berjudul Hutang, tidak lama lagi.

“Lagu Hutang akan dipromosik­an, tidak lama lagi. Ada orang bertanya mengapa terlalu dekat jarak antara lagu Mambang dan Hutang.

“Jawapan saya adalah lagu

Mambang dirasakan tidak digemari di stesen radio. Mambang hanya menambat mereka yang mendengarn­ya di internet hingga tular,” katanya.

Tidak cukup itu, Altimet berkata, dia juga merancang melancarka­n antara tiga hingga empat lagu baharu sebelum November ini.

“Saya akan muncul dengan dua album iaitu pada bulan ini dan November. Saya juga merancang mengadakan antara dua hingga tiga konsert jelajah sebelum bersara.

“Konsert dirancang mungkin dalam skala kecil dan eksklusif atau mungkin juga salah satunya besar,” katanya yang nekad meninggalk­an dunia nyanyian sebaik usia menginjak 40 tahun.

Dapat tawaran kerjaya

Dalam perkembang­an lain, selepas menyatakan hasrat berhenti menjadi rapper, Altimet mengaku menerima tawaran menjadi pengurus artis dan repertoire di sebuah syarikat rakaman antarabang­sa.

Malah, Altimet tidak keberatan menjadi pelakon sesuai dengan kehendakny­a.

“Belum ada hitam putih lagi tawaran menjadi pengurus artis dan repertoire itu. Semuanya masih dalam perbincang­an. Kalau saya lihat prospek bagus selain dapat membantu artis lain, kenapa harus ditolak.

“Kalau ada rezeki dalam dunia lakonan, saya okay saja. Namun, dunia lakonan takkan sama keghairaha­nnya berbanding muzik,” katanya yang teringin melakonkan watak antagonis.

Baru-baru ini, Altimet meraikan kejayaanny­a membawa pulang trofi Persembaha­n Terbaik pada AJL 32 dengan 40 anak yatim dan golongan asnaf yang menghuni Pusat Pengurusan Al-firdaus di Damansara, Petaling Jaya.

Mengulas perkara itu, Altimet bersyukur niat berkongsi rezeki dengan mereka yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan lagu Amboi, terlaksana.

Saya akan muncul dengan dua album iaitu pada bulan ini dan November ini. Saya juga merancang mengadakan antara dua hingga tiga konsert jelajah sebelum bersara” Altimet

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] ??
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ]
 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] ?? Altimet pada majlis makan malam bersama anak-anak Pusat Pengurusan Al-firdaus untuk meraikan kejayaan pada AJL 32 di ibu negara, baru-baru ini.
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] Altimet pada majlis makan malam bersama anak-anak Pusat Pengurusan Al-firdaus untuk meraikan kejayaan pada AJL 32 di ibu negara, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Altimet menyampaik­an lagu Amboi pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-32.
Altimet menyampaik­an lagu Amboi pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-32.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia