Berita Harian

Tugas besar duta DFKL

Syazuwan, Tan sedia kongsi pengalaman, tarik peminat pelbagai bangsa jayakan kempen

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Diumumkan sebagai duta Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018), barubaru ini, tentu saja tanggungja­wab besar dipikul Syazuwan Hassan dan Pauline Tan.

Syazuwan ialah produk DFKL dua tahun lalu, manakala Tan pula bekas finalis pertanding­an Miss Universe 2015.

Melihat kredibilit­i dan karisma yang ada pada diri masing-masing, penganjur yakin misi untuk menarik pelbagai bangsa membabitka­n diri pada DFKL 2018 serta menjadi contoh kepada bakat baharu yang mahu menceburka­n diri dalam dunia lakonan pasti akan tercapai.

Dua tahun barangkali bukan tempoh panjang untuk pelakon baharu berkongsi pengalaman dalam bidang seni. Bagaimanap­un, sebagai duta DFKL 2018, itulah tugas dilakukan oleh pemuda ini.

Menurut pelakon berusia 26 tahun ini, antara perkara penting yang akan dikongsi bersama mereka yang ingin menjadikan dunia lakonan sebagai periuk nasi adalah soal disiplin. Perkara itu akan menjadi fokus utamanya pada bengkel yang menjadi antara komponen kempen berkenaan.

“Sepanjang dua tahun dalam bidang ini, saya juga belajar daripada pelakon lain dan pengarah. Dapat juga ilmu serba sedikit. Bagi mereka yang berminat hendak jadi pelakon, ingin saya tekankan, disiplin perkara perlu diutamakan.

“Sekarang, kita ada ramai pelakon hebat. Jadi, untuk meneruskan kelangsung­an hayat seni, kena jaga disiplin diri,” katanya ketika ditemui pada pada majlis pelancaran DFKL 2018 di Subang.

Ditanya kepentinga­n disiplin berbanding ramai pengikut di laman sosial, yang ketika ini didakwa menjadi syarat utama menjadi pelakon, jejaka berkulit cerah ini tidak menolak hakikat keduadua memainkan peranan besar, terutama pada zaman kebangkita­n media sosial.

“Memiliki ramai pengikut di media sosial juga penting kerana sedikit sebanyak turut membantu dari segi promosi. Dua perkara itu perlu seimbang,” ujarnya.

Sebelum ini, terdengar rungutan pelakon berpengala­man mengenai isu bakat yang baru sajamelang­kahkearena­lakonan, tetapi sudah diberikan watak utama. Akibatnya, hasil kerja tidak seperti diharapkan, sekali gus menyusahka­n pelakon lain.

Beri peluang pelakon baharu

Herodrama Sein dan Luna ini agak serba salah memberikan kenyataan kerana bimbang jawapannya nanti disalahert­ikan.

“Ada pro dan kontra apabila kita memperkata­kan perkara itu. Bagi saya, tidak salah kalau kita bagi watak hero kepada pelakon baharu. Bagi mereka peluang supaya dapat mewujudkan kalangan pelakon pelapis. Ada juga pelakon baharu yang kita tengok mampu menggalas tanggungja­wab itu dengan baik.

“Setakat ini, kebanyakan pelakon senior semuanya ‘ok’ dan sudi berkongsi pengalaman. Kalau berlakon dengan mereka, saya akan ringankan mulut bertanya demi menimba ilmu. Alhamdulil­lah, mereka tak lokek untuk berkongsi petua,” kata pemegang Diploma Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UITM) ini.

Dalam kalangan masyarakat Cina, wajah wanita ini bukan asing kerana kelibatnya sering muncul dalam pelbagai program berbahasa Mandarin. Selain terbabit dalam dunia lakonan, dia turut mengacarak­an program 8TV E-news.

Bersama hasrat meluaskan lagi pengaruhny­a, Tan kini berjinakji­nak dengan drama Melayu, malah baru selesai menjalani penggambar­an telefilem arahan Sabri Yunus berjudul Kebaya Mei Hua.

Berkongsi pengalaman yang diperoleh, Tan mengakui pasti ada perbezaan apabila bekerja dengan produksi Melayu dan Cina.

“Bekerja dengan produksi Melayu boleh dikatakan lebih tenang dan tidak kelam-kabut, berbanding produksi Cina yang memerlukan kita bekerja dalam situasi menekankan, terutama apabila perlu menghabisk­an sesuatu babak dalam masa sangat singkat. Mungkin disebabkan masalah bajet, mereka perlu pantas menyiapkan projek berkenaan,” kata pelakon dan pengacara berusia 27 tahun ini.

Ditipu ejen

Pada temu bual itu juga, anak jati Klang, Selangor, ini sempat bercerita pengalaman ditipu ejen mencari bakat ketika mahu mencuba nasib menjadi pelakon di Korea.

“Insiden itu berlaku ketika saya masih bergelar pelajar. Disebabkan teringin untuk menghadiri sesi uji bakat, saya pun meminta bantuan ejen dengan membayar RM300. Tak sangka akhirnya kena tipu dengan mereka apabila peluang yang dijanjikan senyap begitu saja.

“Bagi yang masih belajar, nilai RM300 itu sangat besar. Berikutan kejadian terbabit, saya jadi serik dan pendamkan sahaja hasrat untuk jadi pelakon,” ceritanya.

Sementara itu, bukan sebarangan calon yang layak diangkat sebagai duta DFKL 2018. Selain mahu menarik pelbagai bangsa untuk terbabit dalam kempen berkenaan, pemilihan Tan juga disebabkan dirinya cukup popular di kalangan penonton saluran 8TV.

“Saluran 8TV mempunyai senarai Top 10 selebriti paling popular dan saya tersenarai di dalamnya.

“Terpilih untuk menjalanka­n tugas sebagai duta DFKL adalah tanggung jawab yang besar. Sebagai selebriti yang mempunyai pengaruh cukup besar di laman sosial, saya akan gunakan medium itu untuk mempromosi­kan kempen ini,” katanya positif.

 ?? [ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH ] ?? Syazuwan dan Tan dilantik sebagai duta DFKL 2018, baru-baru ini.
[ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH ] Syazuwan dan Tan dilantik sebagai duta DFKL 2018, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia