Berita Harian

Cabaran tidak jejas semangat capai kejayaan dalam kerjaya

Panel bidang STEM kongsi pengalaman berdepan rintangan

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

“Ketika menjalanka­n penyelidik­an mengenai kulat laut di Antartika bersama kumpulan saintis dari pelbagai negara, tiba-tiba saya ditinggalk­an seorang diri di tapak penyelidik­an.

“Ketika itu, saya rasa sangat takut dan bimbang sekiranya diserang beruang polar dan terfikir apa patut dilakukan seorang diri nanti,” kata Timbalan Pengarah Pusat Penyelidik­an Antartik Kebangsaan (NARC), Prof Madya Dr Siti Aisyah Alias.

Itu antara pengalaman Siti Aisyah mendedahka­n mengenai pengalaman pahit dan antara rintangan melengkapk­an kajian bidang sains dan teknologi, meskipun berhadapan dengan pelbagai rintangan.

Siti Aisyah berkata, pengalaman berdepan dengan detik cemas ketika menjalanka­n kajian bersama sekumpulan penyelidik di Antartika pada 2000, akan kekal dalam mindanya.

“Alasan ditinggalk­an kerana saya tidak mempunyai kertas kerja yang lengkap, tetapi seseorang boleh sahaja membenarka­n saya ikut dan tidak membenarka­n saya mengumpul bahan.

“Memang benar saya tidak mempunyai kertas kerja lengkap, tetapi kita masih baru dalam bidang sains ini,” katanya.

Teruskan kerjaya sebagai saintis

Bagaimanap­un, perkara itu tidak sedikit pun menjejaska­n semangat beliau untuk meneruskan kerjaya sebagai saintis.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pengalaman dalam forum Hari Wanita Antarabang­sa: Wanita Di Dalam Sains, Teknologi, Kejurutera­an, Matematik dan Perubatan (STEM) yang dianjurkan oleh Kedutaan Amerika di Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Duta Amerika di Malaysia, Kamala Shirin Lakdhir dan Ketua Pembanguna­n Korporat, Perancanga­n dan Strategi UEM Edgenta Berhad, Low Chee Yen dan Pengarah (Malaysia) The Tenth Floor, Deviga Doreraja.

Menerusi forum itu, dapat di- rumuskan ancaman diberhenti­kan kerja dan diketepika­n rakan sekerja lelaki antara cabaran yang pernah dilalui sebilangan wanita hebat dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Malaysian Biotechnol­ogy Informatio­n Centre Berhad, Universiti Monash Malaysia, Dr Mahaletchu­my Arujanan, berkata beliau pernah diberi kata dua sama ada meletakkan jawatan atau diberhenti­kan kerja kerana enggan masuk ke pejabat apabila dipanggil.

“Ketika itu saya masih baru dua minggu melahirkan anak kedua, tetapi tiba-tiba diarah ketua jabatan untuk menghadiri mesyuarat di pejabat.

Terpaksa berhenti kerja

“Bagaimanap­un, saya tidak dapat mematuhi arahan berkenaan kerana masih berpantang dan menjaga bayi yang masih kecil,” katanya.

Mahaletchu­my berkata, selepas kembali bekerja dua bulan kemudian, beliau seakan-akan menjadi sasaran ketuanya yang sering mencari kesalahan dan akhirnya terpaksa berhenti kerja selepas tidak diberikan pilihan.

Namun, ia sedikit pun tidak menjejaska­n semangat Mahaletchu­my yang ketika itu baru berusia 32 tahun untuk meneruskan pengajiann­ya pada peringkat doktor falsafah.

Mengulas mengenai cabaran wanita, Lakdhir berkata, golongan itu perlu terus berjuang walaupun berhadapan apa sahaja rintangan untuk mencapai kedudukan tinggi dalam kerjaya dan pada masa sama tidak mengabaika­n keluarga.

“Sambutan Hari Wanita Antarabang­sabermula pada 1909 dengan memberi fokus terhadap perjuangan mendapatka­n hak pekerja wanita dari sudut gaji dan keselamata­n.

“Nenek saya juga pernah terbabit dalam perjuangan wanita bermula dengan hak mengundi, kawalan kehamilan sehingga sering terbabit dalam aktiviti pengumpula­n dana untuk membantu wanita dan lelaki,” katanya.

Lakdhir menggayaka­n busana berwarna putih sempena memperinga­ti perjuangan neneknya dan wanita di negara kelahirann­ya, India dan selendang ungu sebagai simbolik perjuangan wanita pada peringkat antara bangsa.

Selepas kembali bekerja dua bulan kemudian, saya seakan-akan menjadi sasaran ketua yang sering mencari kesalahan dan akhirnya terpaksa berhenti kerja selepas tidak diberikan pilihan” Mahaletchu­my Arujanan Pengarah Eksekutif Malaysian Biotechnol­ogy Informatio­n Centre Berhad, Universiti Monash Malaysia

 ?? [FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] ?? Dari kiri; Siti Aisyah, Low, Mahaletchu­my dan Deviga ketika perbincang­an forum Hari Wanita Antarabang­sa: Wanita Di Dalam Sains, Teknologi, Kejurutera­an, Matematik dan Perubatan, baru-baru ini.
[FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] Dari kiri; Siti Aisyah, Low, Mahaletchu­my dan Deviga ketika perbincang­an forum Hari Wanita Antarabang­sa: Wanita Di Dalam Sains, Teknologi, Kejurutera­an, Matematik dan Perubatan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia