Berita Harian

Personalit­i kongsi rahsia cergas, gaya hidup sihat

-

Kuala Lumpur: Mengekalka­n kesihatan menerusi gaya hidup aktif, rutin senaman dan pemakanan sihat dalam kalangan wanita perlu ditingkatk­an bagi memastikan golongan itu lebih positif menjalani aktiviti seharian.

Personalit­i Kecergasan, Joanna Soh, 28, memilih saluran Youtube peribadi untuk berkongsi rutin kecergasan yang praktikal untuk sesiapa dan kini mempunyai 1.1 juta tontonan.

Katanya, perubahan positif orang ramai yang berjaya melakukan transforma­si cukup menggembir­akan, sekali gus menaikkan semangat untuk terus memberikan inspirasi ke arah gaya hidup sihat.

“Berat badan ideal bukan sahaja meningkatk­an keyakinan, tetapi akan mempengaru­hi orang terdekat untuk bersama mengubah gaya hidup berikutan kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai harganya.

“Kepuasan itu dirasai apabila tubuh mulai susut, pemakanan lebih terjaga dan membuatkan seseorang lebih menghargai diri,” katanya ketika temu bual sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut Khamis ini.

Lima tahun bergelar bintang Youtube

Katanya, yang sudah lima tahun bergelar bintang Youtube, kelompok wanita paling bersungguh­sungguh melangsing­kan tubuh kerana mereka sentiasa menarik, selesa menggayaka­n fesyen, berkeyakin­an dan gemar melakukan aktiviti berkumpula­n.

“Ramai orang mengakui mereka pemalu, tidak yakin beriadah di khalayak ramai, tetapi apabila usaha mereka membuahkan hasil, keyakinan akan wujud sendiri, menjadikan hidup lebih gembira dan membentuk disiplin diri.

“Semangat positif ini akan membentuk gaya hidup dan menjadikan komuniti yang minat bersukan, mengambil berat satu sama lain, sekali gus membuatkan mereka tidak berhenti di pertengaha­n jalan,” katanya yang diberikan penghargaa­n menjadi ikon untuk peranti kecergasan baharu, Fitbit Ionic.

 ??  ?? Joanna Soh
Joanna Soh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia