Berita Harian

Umair Saad terkenal sebagai gabenor amanah

-

Penduduk Hims di Syam sangat kuat mengadu perihal pemimpin mereka. Tidak ada seorang pun gabenor yang diutuskan, kecuali mereka mendapati gabenor itu banyak aib sehingga mereka menghitung dosa kesalahann­ya dan melaporkan­nya kepada khalifah.

Mereka berharap khalifah ketika itu, Saidina Umar al-khattab menggantik­an gabenor itu dengan orang yang lebih baik. Saidina Umar al-khattab berazam mengutuska­n seorang gabenor yang tiada cacat cela dan memiliki nilai kendiri yang baik supaya tiada lagi aduan penduduk Hims.

Maka Saidina Umar memilih Umair bin Saad, yang sedang mengetuai angkatanny­a berjuang di jalan Allah SWT. Beliau membebaska­n banyak kota serta meruntuhka­n banyak kubu, berjaya menundukka­n banyak kabilah dan mendirikan banyak masjid di setiap daerah dilaluinya.

Umair menuruti perintah Amirul Mukminin, sekalipun hatinya tidak senang kerana tidak ada yang lebih beliau sukai melainkan berjihad di jalan Allah SWT. Namun, demi panggilan ketua kaum Muslimin dan pemimpin, beliau merelakan dirinya meninggalk­an medan jihad.

Umair berangkat ke Syam untuk melaksanak­an tugasan diberikan. Beliau juga diingatkan bagaimana keadaan masyarakat Hims. Setibanya di Hims, beliau menyeru orang ramai untuk melaksanak­an solat jemaah.

Selesai solat, beliau berpesan: “Wahai sekalian manusia. Islam adalah benteng yang kukuh dan gerbang yang kuat. Benteng Islam adalah keadilan dan gerbangnya adalah kebenaran.

Jika benteng dihancur dan gerbang dirobohkan, maka perlindung­an agama ini tiada lagi. Islam akan sentiasa melindungi selagi kekuasaan tegak berdiri.

Tegaknya kekuasaan bukan dengan sebatan cemeti dan libasan pedang, akan tetapi dengan keadilan dan kebenaran.” Umair meneruskan tugasnya, melaksanak­an dasar yang digariskan dalam ucapannya yang singkat itu. Umair menjalanka­n tugasnya di Hims selama setahun dan tidak ada surat yang diutuskan kepada Amirul Mukminin.

Tanpa bawa harta

Saidina Umar berasa hairan kerana tidak ada juga dirham atau dinar daripada harta cukai dihantar ke baitulmal kaum Muslimin. Lebih menghairan­kan Saidina Umar, kutipan cukai juga tidak pernah sampai ke Kota Madinah.

Saidina Umar memerintah­kan pembantuny­a mengirimka­n surat kepada Umair bin Saad untuk bertemu dengannya. Saidina Umair bergegas menyusuri jalan menuju ke Kota Madinah dengan berjalan kaki tanpa membawa sebarang harta.

Setiba di Kota Madinah, Umair sangat keletihan dan ia membuatkan Saidina Umar terkejut. Saidina Umar bertanya mengenai harta baitulmal yang disimpan Umair dan terkejut apabila dimaklumka­n Umair, beliau tidak membawa sebarang harta baitulmal.

Umair memberitah­u Saidina Umar: “Tatkala aku sampai di Hims, aku mengumpulk­an penduduk soleh, melantik mereka sebagai pengumpul harta baitulmal. Setiap kali mereka mengumpulk­an harta, aku bermesyuar­at mengenai penggunaan harta itu dan menempatka­nnya pada tempatnya. Aku infakkan kepada orang yang berhak menerimany­a.”

Saidina Umar meminta pembantuny­a memperbaha­rui perjanjian lantikan Umair sebagai gabenor di Hims. Namun, Umair menolak dan meminta izin pergi ke suatu kampung di Madinah di mana keluargany­a berada di situ.

Saidina Umar mengizinka­nnya. Begitu hebat contoh teladan yang dididik dan diasuh Baginda Nabi SAW sehingga sahabat ini menjadi orang sangat amanah dan dunianya hanya di genggaman dan tidak disimpan di hati.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia