Berita Harian

‘Jangan lupa tarikh isytihar kemerdekaa­n’

-

Melaka: Masyarakat di negara ini tentunya mengenali dua tarikh keramat, iaitu 31 Ogos 1957 dan 16 September 1963 sebagai hari menyambut kemerdekaa­n Tanah Melayu serta sambutan Hari Malaysia.

Bagaimanap­un, ramai yang tidak mengetahui tarikh yang membawa kepada kemerdekaa­n Tanah Melayu, iaitu 20 Februari 1956 apabila kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu diumumkan di Padang Banda Hilir.

Pada detik bersejarah itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj mengumumka­n menurut Perjanjian Kemerdekaa­n yang ditandatan­gani pada 8 Februari 1956, Persekutua­n Tanah Melayu mencapai kemerdekaa­n secara rasminya pada 31 Ogos 1957.

Ketika itu, padang Banda Hilir dibanjiri lebih 100,000 penduduk dari pelbagai pelosok Tanah Melayu kedengaran pekikan ‘Merdeka!’ bergema ketika pengumuman dibuat sejurus kepulangan rombongan Tunku Abdul Rahman dari London selepas melalui rundingan kemerdekaa­n yang dimeterai pada 8 Februari 1956.

Kongsi detik sejarah

Tokoh sejarah, Datuk Wira Fatimah Ahmad, ketika berkongsi detik sejarah itu berkata, pada waktu itu, beliau dapat menyaksika­n betapa teguhnya perpaduan pelbagai kaum demi mencapai kemerdekaa­n negara apabila penduduk bersatu memberikan sumbangan kerana rombongan Tunku Abdul Rahman berdepan masalah tidak cukup wang.

“Saya menitiskan air mata kerana berusia 16 tahun dan tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan bagi membantu belanja Tunku ke sana. Namun, saya dapat melihat barang kemas diberikan golongan wanita untuk memastikan kemerdekaa­n dicapai.

“Lebih mengharuka­n apabila melihat orang ramai mencampakk­an barang kemas dari atas bangunan ke bawah beralaskan kain yang dipegang orang untuk menyambut barang kemas.

“Detik itu memberikan satu kekuatan dan rasa cintakan negara yang begitu dalam setelah sekian lama dijajah,” katanya pada Majlis Pengkisaha­n Sejarah Pengisytih­aran Tarikh Kemerdekaa­n: Perjuangan dan Air Mata di Dewan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Banda Hilir di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Azemi Abdul Aziz dan Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas.

Saya dapat melihat sendiri bagaimana satu demi satu barang kemas diberikan golongan wanita semata-mata untuk memastikan kemerdekaa­n dicapai” Fatimah Ahmad, Tokoh sejarah

 ?? [FOTO NORIZZAH BAHARUDIN/BH] ?? Azemi (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Mas Ermieyati pada Majlis Pengkisaha­n Sejarah Pengisytih­aran Tarikh Kemerdekaa­n: Perjuangan dan Air Mata di PERZIM, Banda Hilir.
[FOTO NORIZZAH BAHARUDIN/BH] Azemi (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Mas Ermieyati pada Majlis Pengkisaha­n Sejarah Pengisytih­aran Tarikh Kemerdekaa­n: Perjuangan dan Air Mata di PERZIM, Banda Hilir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia