Berita Harian

Tentera rejim guna strategi pecah, takluk

Angka maut kini lebih 1,000 orang dalam 20 hari, tiada tanda serangan reda

-

Tentera rejim Syria meneruskan tentangan ke atas Timur Ghouta semalam, sehari selepas mereka mengepung bandar terbesar wilayah ditawan pemberonta­k itu, meneruskan serangan 20 hari yang menyebabka­n lebih 1,000 orang awam maut.

Tentera kerajaan dan sekutu militia melancarka­n kempen ketenteraa­n di Timur Ghouta pada 18 Februari lalu dan sejak itu menguasai lebih separuh daripada kawasan terbabit, tidak mengendahk­an gesaan antarabang­sa supaya menghentik­an keganasan.

Serangan itu diikuti strategi pecah dan takluk, memusnahka­n secara berperingk­at wilayah dikawal pemberonta­k dengan tentera rejim kelmarin berjaya mengasingk­an bandar utama Ghouta, di Douma, memberi tamparan kepada pemberonta­k yang terkepung.

Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), pejuang rejim memutuskan jalan raya menghubung­kan Douma dengan bandar Harasta jauh di barat dan turut menawan Misraba.

“Tentera rejim membahagik­an Timur Ghouta kepada tiga bahagian iaitu Douma dan kawasan sekitar; Harasta di barat dan bakinya bandar jauh di selatan,“kata SOHR berpusat di Britain itu.

Serangan meriam dan udara bertalu-talu ke arah Douma kelmarin, memerangka­p penduduk di bilik bawah tanah selama berjam-jam, kata koresponde­n AFP di bandar itu.

Pekerja penyelamat dan anggota medik bergelut mengemudi di jalan raya dipenuhi runtuhan bandar itu untuk membawa penduduk yang cedera ke klinik lapangan.

Bilik bawah tanah sesak

SOHR berkata, sekurang-kurangnya 20 orang awam termasuk empat kanak-kanak maut di Douma kelmarin, sebagai tambahan kepada 17 orang awam maut di bandar lain.

Katanya, angka kematian itu menjadikan jumlah maut akibat serangan kepada 1,031 orang awam termasuk 219 kanak-kanak dengan lebih 4,350 cedera.

Majlis tempatan dikendalik­an pembangkan­g di Douma, membuat ‚panggilan kecemasan‘ terdesak kelmarin kepada pertubuhan antarabang­sa.

“Perlindung­an bom dan bilik bawah tanah penuh, penduduk tidur di jalanan dan taman awam. Selama tiga hari, agak sukar mengebumik­an mayat mangsa kerana pengeboman hebat di perkuburan,“kata kenyataan.

Timur Ghouta adalah zon terakhir dikawal pemberonta­k di pinggir ibu kota ini dan pemberonta­k di sana kerap melepaskan roket ke arah Damsyik.

 ??  ?? Beberapa wanita menyelamat­kan diri di Douma berikutan serangan hebat tentera rejim sejak 18 Februari lalu.
Beberapa wanita menyelamat­kan diri di Douma berikutan serangan hebat tentera rejim sejak 18 Februari lalu.
 ??  ?? Bangunan terbakar akibat dibom tentera rejim.
Bangunan terbakar akibat dibom tentera rejim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia