Berita Harian

Hasil pertemuan Trump, Jong-un ikut keadaan

Korea Utara setuju tiada ujian peluru berpandu sehingga rundingan berlangsun­g

-

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata kelmarin, pertemuan dirancang dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mungkin berakhir dengan kegagalan atau menghasilk­an ‘perjanjian terhebat dunia’ bagi meredakan ketegangan nuklear antara dua negara.

Setakat ini, masa dan lokasi pertemuan itu belum ditetapkan walaupun ia sepatutnya berlangsun­g sebelum akhir Mei ini.

“Saya mungkin keluar dulu jika perkembang­an agak mustahil atau kami mungkin duduk dan membuat perjanjian terhebat untuk dunia. Siapa tahu apa yang akan berlaku?” kata Trump dalam satu perhimpuna­n kempen untuk calon Kongres Republikan, Rick Saccone di barat Pennsylvan­ia.

Presiden AS itu berkata, beliau percaya Korea Utara mahu berdamai dan dirinya berpendapa­t, sudah tiba masanya ia dilakukan.

Trump membuat keputusan mengejut untuk bertemu Jongun, selepas jemputan pemimpin Korea Utara itu disampaika­n delegasi Korea Selatan yang berkunjung ke Rumah Putih, Khamis lalu.

Ubah dasar AS

Tindakan itu mengubah polisi AS sejak berdekad untuk menghalang Korea Utara daripada membangunk­an senjata nuklear dan peluru berpandu balistik.

Terdahulu di Washington, Trump memohon sokongan antarabang­sa untuk rancangan pertemuan itu, mengatakan, Korea Utara bersetuju untuk tidak menjalanka­n satu lagi ujian peluru berpandu sehingga selepas pertemuan dirancang itu berlaku.

“Korea Utara tidak menjalanka­n ujian peluru berpandu sejak 28 November 2017 dan berjanji untuk tidak melakukann­ya sehingga pertemuan kami. Saya percaya mereka akan mengotakan janji ini!” kata Trump menerusi Twitter.

Komen Trump itu senada dengan kenyataan pegawai Korea Selatan Khamis lalu mengenai kemungkina­n rundingan. Namun, tweet Trump tidak menyebut mengenai ujian nuklear.

Tidak jelas pertemuan mana dimaksudka­n Trump atau bila.

Pihak berkuasa Korea Selatan minggu ini berkata, Trump bersetuju menerima jemputan Jong-un untuk bertemu menjelang Mei ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia