Berita Harian

Polis UK teliti lebih 200 bukti, soal saksi

-

London: Polis British yang memburu penjenayah di sebalik serangan agen saraf ke atas bekas perisik Russia kini meneliti lebih 200 bahan bukti, kata kerajaan selepas mesyuarat jawatankua­sa kecemasan kebangsaan United Kingdom (UK).

Polis antikegana­san juga mengenal pasti lebih 240 saksi, kata Kementeria­n Dalam Negeri selepas mesyuarat jawatankua­sa dikenali COBRA, dipengerus­ikan Setiausaha Dalam Negeri, Amber Rudd.

Serangan 4 Mac lalu ke atas agen perisik muka dua Russia, Sergei Skripal dan anak perempuann­ya, Yulia di Salisbury, barat daya England, dianggap sebagai cubaan membunuh.

Kedua-duanya masih kritikal namun stabil di hospital, kata Rudd, menambah siasatan serius, penting dilakukan dengan teliti namun bergerak pantas. Katanya, lebih 250 polis antikegana­san terbabit dalam siasatan itu.

Johnson tuduh Moscow

“Mereka melakukan siasatan dengan pantas dan profesiona­l. Kami meletakkan sumber yang besar bagi memastikan mereka memiliki semua sokongan diperlukan,” katanya.

Pihak berkuasa berusaha mengenal pasti sumber agen saraf digunakan ke atas Skripal, yang datang ke Britain pada 2010 sebagai sebahagian pertukaran perisik.

Sekitar 180 tentera termasuk pakar peperangan kimia, dikerah di Salisbury selepas penyiasat memohon bantuan khas.

Perdana Menteri Theresa May berkata, Britain akan memberi maklum balas wajar jika sebuah negara didapati menjadi dalang cubaan membunuh itu.

Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson menuduh Moscow menjadi dalang serangan itu.

Setiausaha Keselamata­n, Ben Wallace memberitah­u radio BBC kelmarin, kerajaan bersedia memberi tindak balas ‘dengan menyediaka­n sumber mencukupi.’

“Seseorang datang ke negara kami, dengan sewenang-wenang, berani, melakukan apa yang dilihat jenayah amat kejam, menggunaka­n agen saraf dilarang oleh undangunda­ng antarabang­sa,” katanya. AFP

 ??  ?? Pasukan perkhidmat­an kecemasan menutup ambulans yang dibawa dengan kenderaan tentera di Hospital Daerah Salisbury, kelmarin.
Pasukan perkhidmat­an kecemasan menutup ambulans yang dibawa dengan kenderaan tentera di Hospital Daerah Salisbury, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia