Berita Harian

Abe, Aso berdepan tekanan isu tanah

-

Tokyo: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan sekutunya, Menteri Kewangan, Taro Aso, berdepan tekanan meningkat berhubung skandal didakwa kronisme ketika Kementeria­n Kewangan bersedia membentang­kan laporan berkaitan dokumen yang diubah dalam kes itu, hari ini.

Abe, berada di tahun keenam pentadbira­n, berharap isu jualan tanah milik kerajaan pada harga amat rendah kepada seorang pengendali sekolah yang ada kaitan dengan isterinya, Akie, dilupakan. Namun ia sebaliknya mendedahka­n isu tidak sepatutnya.

Sumber yang mengetahui secara langsung perkara itu memberitah­u Reuters kelmarin, kementeria­n berkenaan bercadang membuat laporan kepada Parlimen hari ini, ia menemui contoh di mana kandungan dipadam dalam dokumen yang dihantar kepada pembuat dasar.

“Jika perkara ini benar, bukankah tanggungja­wab politik tidak dapat dielakkan?” tanya Akira Nagatsuma, pembuat dasar kanan pembangkan­g Parti Perlembaga­an Demokratik Jepun kepada media semalam.

Abe berulang kali menafikan, beliau atau isterinya memberi bantuan kepada pengendali sekolah, Moritomo Gakuen, yang membeli tanah itu dan berkata dirinya akan meletak jawatan jika bukti ditemui sebaliknya. Isu itu tahun lalu secara mendadak menurunkan populariti Abe.

Bekas pengetua Moritomo Gakuen, Yasunori Kagoike dan isterinya ditahan Julai lalu kerana disyaki menerima subsidi secara haram.

Jumaat lalu, ketua Agensi Percukaian Kebangsaan, Nobuhisa Sagawa meletak jawatan berhubung kenyataan di Parlimen mengenai kes itu. REUTERS

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Abe (kiri) dan Aso (kanan) ketika mendengar Sagawa disoal Parlimen pada 24 Februari lalu.
[ FOTO REUTERS ] Abe (kiri) dan Aso (kanan) ketika mendengar Sagawa disoal Parlimen pada 24 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia