Berita Harian

MP Russia buat gangguan seksual

Wartawan, jurucakap Kementeria­n Luar jadi mangsa raba, komen lucah

-

Jurucakap Kementeria­n Luar Russia, Maria Zakharova menjadi wanita terbaharu menuduh pembuat dasar kanan Leonid Slutsky melakukan gangguan seksual, kelmarin.

Terdahulu, empat wartawan menuduh Slutsky, ketua jawatankua­sa hal ehwal luar Duma, melakukan kesalahan seksual tidak wajar sejak beberapa minggu lalu.

“Leonid mula bercakap bu kanbukan ketika berada dalam sebuah restoran yang saya anggap tidak menyenangk­an. Saya terkejut kerana mereka yang hadir hanya berdiam diri ketika itu dan tidak menyokong saya.

“Saya membantah pihak yang berpendapa­t, dia sengaja menimbulka­n perkara itu sekarang, dia jenis wanita seperti itu, dia tidak memakai pakaian sesuai, semua ini sengaja direka,” kata Zakharova kepada stesen televisyen Russia, NTV apabila ditanya mengenai dakwaan itu.

Katanya, insiden itu berlaku di Saint Petersburg lima tahun lalu, ketika ‘beliau bukan individu dikenali.’

Tiga wartawan berkenaan membuat aduan mereka secara terbuka yang termasuk mem buat komen lucah dan meraba, mendedahka­n subjek yang dianggap pantang larang di Russia.

Slutsky melabel dakwaan itu sebagai ‘provokasi murahan’ dan menolaknya sebagai serangan politik diarahkan musuhnya.

Beliau malah berkata, skandal itu ‘menaikkan maruahnya berbanding menepisnya.’

Bagaimanap­un pada Hari Wanita Antarabang­sa Khamis lalu, Slutsky memohon maaf buat kali pertama.

“Saya memohon maaf kepada mereka yang menghadapi kesukaran atas tindakan saya. Percayalah, saya tidak berniat begitu,” katanya di Facebook. AFP

 ??  ?? Leonid Slutsky
Leonid Slutsky

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia