Berita Harian

Hatrik Lewandowsk­i bantu Bayern belasah Hamburg

-

Berlin: Robert Lewandowsk­i mencipta hatrik ketika Bayern Munich membaham Hamburg 6-0 dalam aksi Bundesliga, kelmarin.

Kemenangan itu memastikan Bayern semakin menghampir­i kejuaraan keenam berturut-turut dan menambahka­n lagi kesengsara­an Hamburg yang kini belum menang dalam 13 perlawanan.

“Kami beraksi sangat baik hari ini. Prestasi dan keputusan perlawanan sangat penting kepada kami,” kata pengurus Bayern, Jupp Heynckes yang akan membawa kelabnya ke Besiktas untuk aksi peringkat kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara pertengaha­n minggu depan.

Dengan tinggal lapan perlawanan lagi, Bayern sukar dicabar di puncak dengan 20 mata mengatasi pesaing terdekat, Schalke yang menang 1-0 mengatasi Mainz, kelmarin.

“Tak kisah sama ada 10, 15 atau 20 mata. Yang penting kami perlu terus kekalkan momentum dalam Bundesliga,” kata Arjen Robben. “Kami tak boleh hanya fokus Liga Juara-juara.”

Bayern kerap menang besar ke atas Hamburg di Allianz Arena sejak beberapa tahun lalu dan hanya memerlukan kurang lapan minit untuk menggegar kubu lawan.

Perdaya penjaga gol

Franck Ribery bijak memperdaya­kan penjaga gol pelawat, Christian Mathenia untuk gol pertama tuan rumah.

Empat minit kemudian, Lewandowsk­i menanduk masuk hantaran Joshua Kimmich untuk jaringan kedua Bayern. Penyerang Poland itu sekali lagi menembusi gawang lawan pada minit ke-19 hasil rembatan jarak dekat selepas mendapat bola hantaran Jerome Boateng.

Robben menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-55 dan Ribery menjaringk­an gol kelima Bayern hasil gerakan solo pada minit ke-80.

Lewandowsk­i terlepas peluang menjaringk­an penalti pada minit ke-85 selepas bola rembatanny­a melepasi palang gol tetapi menebus kesilapann­ya pada minit akhir perlawanan juga hasil sepakan penalti sekali gus melengkapk­an hatrik buat dirinya.

 ??  ?? Robert Lewandowsk­i
Robert Lewandowsk­i

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia