Berita Harian

Sentuhan Willian ceriakan Conte, The Blues

-

London: Pengurus Chelsea, Antonio Conte memuji sumbangan Willian selepas pemain Brazil itu berjaya mengelak kekalahan berturuttu­rut kelab berkenaan menjelang aksi menentang Barcelona, saingan Liga JuaraJuara Khamis ini.

Sepakan lantun Willian membuka jaringan sewaktu menang 21 ke atas Crystal Palace dan teknik sama juga berjaya mencipta jaringan kedua gol ke gawang sendiri oleh Martin Kelly.

Dia menjaringk­an lima gol dalam lima perlawanan, pencapaian terbaik sepanjang kariernya bersama Chelsea menjelang perlawanan kedua aksi 16 pasukan terakhir Liga Juarajuara menentang Barcelona.

Namun Conte juga berpuas hati dengan kesungguha­n penyerang itu biarpun ketika tidak memegang bola.

Pada tahap terbaik

“Anda boleh lihat bila seseorang pemain itu berada pada tahap terbaik. Saya yang pertama memilihnya untuk kesebelasa­n utama,” kata jurulatih kelahiran Itali itu.

“Cara dia bermain menakjubka­n tetapi saya mahu tegaskan, bukan saja ketika memegang bola tetapi juga tanpa bola. Dia bekerja keras dan membantu pasukan.

“Saya fikir, dia menunjukka­n fasa kematangan dalam kariernya. Dalam hati saya berharap dapat melihatnya di peringkat ini dan terus dengan prestasi sedemikian. Adalah penting mempunyai keseimbang­an dalam pasukan kerana jika tidak seimbang apa saja boleh berlaku.”

Percubaan Willian turut dihalang oleh James Tomkins dan sepakan percuma itu diselamatk­an oleh Wayne Hennessey ketika Chelsea mara untuk gol ketiga, sebelum ruang terdedah buat Palace menjaringk­an gol sagu hati.

“Kami mencipta banyak peluang dan sedih sekali mereka menjaringk­an gol, kami mempunyai tiga minit tetapi kami menjadi gementar,” kata Conte.

 ??  ?? Willian (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika Chelsea menewaskan Crystal Palace, semalam.
Willian (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika Chelsea menewaskan Crystal Palace, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia