Berita Harian

Peluang Rashford terhidang

Kumpul lebih banyak jaringan berbanding Sanchez

-

Marcus Rashford membuktika­n kepada Jose Mourinho sememangny­a dia berhak mendapat peluang dalam kesebelasa­n utama tahun ini apabila menjaringk­an dua gol Manchester United ketika menewaskan Liverpool 21, kelmarin.

Jaringan berganda dalam tempoh 25 minit pertama bermakna Rashford mengumpul lebih banyak jaringan daripada satu perlawanan berbanding Alexis Sanchez buat United sejak menandatan­gani kontrak paling lumayan dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Januari lalu.

Ketibaan pemain Chile itu menjejaska­n peluang Rashford, biarpun Sanchez sendiri bergelut mencipta impak yang menjadikan­nya pemain idaman sejak memutuskan untuk tidak memperbaha­rui kontrak dengan Arsenal.

Sanchez hanya menja ringkan satu gol dalam sembilan perlawanan ketika bersama United namun menunjukka­n kesungguha­n di padang.

Penting buat pasukan

Malah jika tidak kerana impak kecederaan yang dialami Paul Pogba yang menurut Mourinho berlaku pada ‘minit terakhir’ latihan, Rashford berkemungk­inan dipinggirk­an sekali lagi.

Sebaliknya, Sanchez menggalas tugas di tengah yang sebelum ini dilakukan Pogba untuk memberi ruang di sebelah kiri bagi Rashford memenangi perlawanan itu.

“Dia menjaringk­an dua gol dalam perlawanan besar menentang lawan yang hebat,” kata Mourinho. “Sudah tentu dia begitu penting buat pasukan.”

Jaringan pertama langsung tidak menunjukka­n pemain itu hilang keyakinan apabila tidak menjaringk­an gol sejak awal Disember.

Rashford meluru mendapatka­n bola daripada Romelu Lukaku sebelum memperdaya­kan Trent Alexandera­rnold dan melakukan rembatan melepasi penjaga gol, Loris Karius.

Teruja selepas menamatkan kemarau jaringan, Rashford kemudian meledak gol kedua 10 minit kemudian apabila pertahanan Liverpool kembali kucarkacir selepas Lukaku menewaskan Dejan Lovren.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Aksi sengit antara Manchester United dan Liverpool pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, kelmarin.
[ FOTO REUTERS ] Aksi sengit antara Manchester United dan Liverpool pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia