Berita Harian

Klopp percaya Liverpool seri jika dapat penalti Mane

-

Manchester: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menganggap pasukannya dinafikan satu sepakan penalti penting pada penghujung aksi di Old Trafford, namun menerima kekalahan di tangan Manchester United akibat kesilapan pertahanan.

Marcus Rashford menjaringk­an dua gol dalam tempoh 25 minit pertama sebelum Eric Bailly meledak jaringan sendiri pada pertengaha­n aksi separuh masa kedua untuk menghidupk­an peluang The Reds.

Namun bagi Klopp, detik penting adalah sembilan minit sebelum aksi berakhir apabila Sadio Mane dilihat dijatuhkan oleh Marouane Fellaini dalam perebutan di depan gawang selepas menerima hantaran belakang menggunaka­n tumit oleh Roberto Firmino.

Kelebihan lima mata

“Kami sepatutnya mendapat sepakan penalti selepas insiden membabitka­n Fellaini dengan Sadio itu.

“Sekiranya, pengadil (Craig Pawson) atau pembantuny­a dapat melihatnya, sudah tentu keputusan berakhir seri. Kami mendapat lebih mata dan sekali gus mengubah kedudukan hidup saya.

“Saya tidak fikir sesiapa pun akan bertengkar jika ia berakhir seri,” kata Klopp.

Kemenangan itu menyaksika­n skuad kendalian Jose Mourinho melebarkan kelebihan kepada lima mata daripada Liverpool, sekali gus kekal pada kedudukan kedua liga di belakang Manchester City.

United kini ketinggala­n 13 mata di belakang City, namun apa yang lebih penting adalah kedudukan skuad Red Devils dalam kelompok empat teratas semakin terjamin selepas sembilan mata meninggalk­an Chelsea di tangga kelima.

“Jika orang fikir kami tidak berhak (menang), saya tidak peduli,” kata Mourinho ketika mengulas kejayaan anak buahnya itu.

Kami sepatutnya mendapat sepakan penalti selepas insiden membabitka­n Fellaini dengan Sadio itu” Jurgen Klopp, Pengendali Liverpool

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia