Berita Harian

Keputusan BWF bakal dicabar

Dua pemain rujuk CAS selepas mereka dijangka didapati bersalah

- Oleh Fabian Peter

Dua pemain badminton negara yang disyaki terbabit dalam dakwaan mengatur perlawanan, akan mencabar keputusan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Sumber yang rapat dengan badan dunia itu, berkata pengumuman rasmi dijangka akan dibuat minggu ini dan ia tampak tidak akan memihak kepada dua pemain terbabit.

Jika didapati bersalah, keduadua pemain itu akan digantung seumur hidup.

“Daripada apa yang saya dengar, dua pemain itu akan mencabar keputusan BWF di CAS.

“Untuk mengekalka­n keputusan yang positif, kedua-dua pemain itu terus berdiam diri. Anda tidak akan melihat atau mendengar mereka bercakap dengan sesiapa mengenai apapun,” kata sumber berkenaan.

Bulan lalu, Sukan NSTP mengejutka­n dunia badminton menerusi pendedahan skandal mengatur perlawanan membabitka­n dua pemain negara.

Digantung sementara

Kedua-dua pemain yang kini digantung sementara daripada semua kejohanan ketika menanti siasatan, juga menghadiri sesi pendengara­n di Singapura dengan mereka berdepan panel tiga individu bebas dilantik BWF.

Mereka didakwa terhadap enam tuduhan mengatur perlawanan dalam enam kejohanan antara 2013 hingga 2016.

Disebabkan kes berkenaan ialah kali pertama berlaku dalam sejarah sukan berkenaan, BWF dijangka menjatuhka­n hukuman mandatori (penggantun­gan seumur hidup).

“Ia tampak tidak memihak mereka, saya percaya BWF akan menggantun­g dua pemain ini," kata sumber berkenaan.

Ditanya sama ada badan dunia itu akan mengadakan sidang akhbar, sumber itu berkata: “Saya tidak rasa akan ada, mereka mungkin hanya akan meletakkan pengumuman rasmi dalam laman sesawang rasmi. Itulah BWF.”

Walaupun BWF masih belum mendedahka­n nama pemain terbabit, juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli dan pemain Piala Thomas 2010, Tan Chun Seang dilihat menghadiri sesi pendengara­n di sebuah hotel di Singapura pada 26-27 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia