Berita Harian

Eain Yow fokus latihan skuasy dalam negara

-

Kuala Lumpur: Dengan berbaki kurang daripada sebulan menjelang Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow kini memberi tumpuan penuh latihan di dalam negara.

Pemain berusia 20 tahun itu yang menjalani latihan di bawah bimbingan Andrew Cross berkata, banyak perlu diperbaiki terutama selepas pulang daripada menyertai Terbuka Windy City di Amerika Syarikat (AS), pada 28 Februari lalu.

“Saya baru kembali dari AS. Banyak yang saya pelajari ketika di sana. Selepas ini saya tidak akan menyertai sebarang kejohanan lagi bagi memberi ruang kepada latihan untuk Sukan Komanwel nanti.

“Saya harap semuanya akan berjalan lancar,” katanya yang kini berada di ranking 47 dunia.

Eain Yow yang berjaya meletakkan dirinya dalam kelompok 50 terbaik dunia selepas hanya 18 bulan merangkul gelaran dunia remaja, kini meletakkan sasaran tinggi buatnya pada temasya di Gold Coast nanti.

“Biarpun ini adalah kali pertama saya menyertai temasya yang besar, misi saya adalah untuk menewaskan pemain yang ada nama besar jika mempunyai peluang.

“Saya mahu kehadiran saya kali ini memberi kesan yang besar dan meletakkan sasaran berada di kedudukan empat terbaik dan mungkin menghasilk­an pingat buat negara,” katanya yang memenangi pingat emas acara perseorang­an di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur pada Ogos lalu.

Eain Yow yang akan menyertai acara perseorang­an dan beregu di Gold Coast, berkata dia kini memberi tumpuan kepada gandingann­ya bersama Syafiq Kamal yang diharap akan membuahkan hasil nanti.

Terpilih sebagai penerima Biasiswa Akademi Skuasy CIMB bersama S Sivasangar­i buat julung kalinya, Eain Yow bagaimanap­un masih belum memikirkan perancanga­n terperinci melanjutka­n pengajian kerana ingin memberi tumpuan kepada Sukan Komanwel dan Sukan Asia di Indonesia.

 ??  ?? Eain Yow meletakkan sasaran tinggi pada temasya di Gold Coast.
Eain Yow meletakkan sasaran tinggi pada temasya di Gold Coast.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia