Berita Harian

Zaquan berhak dapat pujian bantu KL atasi Helang Merah

-

Kuala Lumpur: Penyerang Kuala Lumpur, Zaquan Adha Radzak berhak mendapat pujian selepas berjaya memacu Kuala Lumpur (KL) untuk meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Kedah pada aksi Liga Super, kelmarin.

Persembaha­n cemerlang pemain itu boleh dianggap sebagai amaran daripada bekas penyerang kebangsaan berkenaan, bahawa dia kini mampu untuk kembali ke puncak prestasi terbaiknya.

Hanya kali kedua tampil dalam skuad utama sejak pulih daripada kecederaan, Zaquan memecahkan benteng pertahanan Kedah untuk meledak gol pertama sebelum menghadiah­kan sepakan penalti yang kemudianny­a disempurna­kan Guilherme De Paula.

Paulo Josue menjadikan kedudukan 3-2, pada minit ke-82 sebelum Ashri Chuchu menjaringk­an gol kemenangan Kuala Lumpur pada minit akhir selepas Pablo Pallares menyamakan kedudukan kepada 3-3.

Lalui banyak detik sukar

“Saya adalah pemain yang sudah melalui banyak detik sukar kerana kecederaan.

“Saya selalu merasakan apabila saya pulih, saya mampu beraksi semula. Semangat saya tidak pernah luntur dan keyakinan saya sentiasa tinggi, terima kasih kepada keluarga kerana mendoakan saya,” kata Zaquan, yang mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT) dari 2013 hingga 2016.

Jaringanny­a itu adalah yang pertama sejak kali terakhir meledak gol untuk Perak ketika menewaskan Selangor 1-0 pada 4 Mac, tahun lalu.

Namun, Zaquan berkata, pujian seharusnya diberikan kepada semua rakan sepasukann­ya atas kejayaan menewaskan Kedah.

“Saya gembira kami mendapat kemenangan tetapi ia bukan untuk saya, ia adalah usaha pasukan. Dalam bola sepak kami bermain 11 pemain dan jika tanpa rakan sepasukan, saya tidak boleh melakukan apa-apa.

“Saya harap kami boleh mengekalka­n momentum dalam perlawanan seterusnya dan saya harus memastikan persembaha­n yang konsisten,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia