Berita Harian

Longhi puas JDT jinak TFC

Kemenangan bantu Harimau Selatan kembali ungguli persada liga

- Oleh Malik Muhamad

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi puas hati dengan prestasi anak buahnya meskipun mereka dipaksa ‘mandi peluh’ hingga ke hujung aksi sebelum dapat menjinakka­n Terengganu FC (TFC), 1-0, di sini, kelmarin.

Malah lebih membanggak­an bekas penolong jurulatih kelab Real Zaragoza, Sepanyol itu, kemenangan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu sudah memadai untuk merampas kembali kedudukan pendahulu liga daripada PKNS FC.

Tambah Longhi, kejayaan meleburkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu membuktika­n pasukannya bukan ‘jaguh kampung’, sebaliknya sudah bersedia menambah koleksi kejuaraan buat kali kelima berturut-turut.

“Kemenangan itu memberi kelegaan walaupun pemain terpaksa bekerja keras untuk menang. Aksi ini bukan mudah, mereka pasukan yang kuat. Begitupun pemain saya berjaya menang walaupun tipis,” katanya selepas perlawanan.

Pertahanan import, Marcos Antonio menjadi wira JDT apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-29 selepas bijak memanfaatk­an situasi kelamkabut dalam kotak penalti skuad Penyu.

Irfan kecewa

Ketika ditanya mengenai percaturan­nya meletakkan kapten pasukan, Safiq Rahim sebagai simpanan pada aksi penting itu sedangkan pasukannya tidak begitu konsisten sejak kebelakang­an ini, beliau mengakui ada strategi tersendiri.

“Apa yang penting kami berjaya membawa pulang tiga mata,” katanya.

Sementara itu, Irfan mengakui begitu kecewa dengan pemainnya yang tidak merebut peluang terbaik di depan gol.

Jurulatih berusia 67 tahun itu juga kurang senang dengan sesetengah pemainnya yang dilihat kurang mempunyai idea biarpun berada di dalam kawasan penalti lawan.

“Saya tidak memikirkan sangat berkaitan rekod tanpa kalah kami yang lebur di laman sendiri. Tapi saya kecewa kerana pemain tidak memanfaatk­an peluang keemasan apatah lagi jika hendak dibandingk­an dengan lawan, peluang kami untuk menghasilk­an jaringan lebih banyak.

“Jika kita gagal ambil peluang menghasilk­an jaringan ketika berdepan JDT, kita akan kena kerana jika kita lihat gol yang dijaringka­n pasukan lawan begitu mudah.

“Oleh sebab itu saya sudah beritahu awal-awal lagi kepada pemain, usaha beri ruang buat pemain lawan kerana kita bermain dengan pemain yang cerdik iaitu pemain kebangsaan dan pemain import,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia