Berita Harian

Marcote sukar percaya Kedah tumpas

-

Kuala Lumpur: Jurulatih Kedah, Ramon Marcote bagaikan tidak percaya pasukannya boleh tewas 4-3 kepada Kuala Lumpur (KL) menerusi gol saat akhir dalam aksi dramatik perlawanan Liga Super, kelmarin.

Marcote yang berasal dari Sepanyol jelas sukar untuk menerangka­n bagaimana pasukannya yang mempunyai 21 percubaan ke arah gol dan menggegark­an gawang lawan tiga kali di Cheras, tetapi masih pulang ke Alor Star dengan tangan kosong.

Dia bagaimanap­un berkata, kesilapan individu sebagai punca KL menjaringk­an empat gol dengan pemain pertahanan, Khairul Helmi Johari dan Alvaro Silva serta penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim dilihat bertanggun­gjawab.

Cipta banyak peluang

“Kami pasukan yang lebih baik, mencipta banyak peluang tetapi gagal untuk memanfaatk­annya,” kata Marcote selepas Kedah mengalami kekalahan ketiga dalam lima aksi Liga Super.

“Selalunya apabila anda menjaringk­an tiga gol anda menang perlawanan itu, tetapi empat kesilapan membenarka­n KL menjaringk­an empat gol, termasuk pada minit terakhir,” katanya.

Ketiadaan Baddrol Bahtiar kerana kecederaan mungkin memberi kesan kepada Kedah yang menjaringk­an dua gol menerusi Pablo Pallares dan satu Liridon Krasniqi, tetapi Marcote menafikann­ya.

Kekalahan Kedah bermula pada minit ke-3 apabila Khairul Helmi kehilangan bola selepas dirampas Zaquan Adha Radzak untuk menjaringk­an gol pembukaan sebelum Silva turut kehilangan bola kepada Zaquan yang kemudian menyaksika­n Khairul Helmi mengasarin­ya untuk sepakan penalti.

Guilherme De Paula menjaringk­an gol untuk menjadikan kedudukan 2-2 sebelum pertahanan lemah Kedah membenarka­n Paulo Josue yang tidak dikawal meletakkan KL kembali di depan.

Pallares menjaringk­an gol pada minit ke-90 untuk menyamakan kedudukan dan ketika Kedah seakan-akan boleh pulang dengan satu mata, Ifwat gagal menangkap kemas sepakan De Paula untuk membenarka­n Ashri Chuchu menjaringk­an gol kemenganan dengan sepakan terakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia