Berita Harian

Tiga legenda United kongsi ilmu

- Oleh Farah Azharie

Kuala Lumpur: Tiga legenda kelab bola sepak Manchester United meluangkan masa bersama-sama dengan pemain Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (PPBN) di sini, semalam.

Dwight Yorke, David May dan Denis Irwin berkongsi pengalaman dengan pemain berkenaan menerusi klinik kejurulati­han eksklusif anjur Adidas Malaysia dan Manchester United di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil.

Mereka bertiga berada di situ menerusi sempena jelajah #ILOVEUNITE­D di ibu negara.

Selain berkongsi cerita mengenai bagaimana inspirasi mereka menjadi pemain bola sepak yang hebat pada usia muda, ketiga-tiga mereka juga menekankan pentingnya pendidikan, latihan dan impian besar.

Irwin menyifatka­n pendidikan sangat penting dan menyaranka­n supaya pemain PPBN mengimbang­i kedua-duanya.

“Pendidikan sangat penting. Sesi sekolah waktu pagi dan bola sepak waktu petang. Adalah lebih baik jika anda menyeimban­gkan kedua-duanya.

“Di Malaysia anda berada di akademi ini dan menjalani latihan terbaik serta mendapat pendidikan terbaik di sekolah di mana pendidikan adalah sangat penting juga,” katanya.

Lebih jauh

May pula berkata impian penting bagi seseorang pemain untuk pergi lebih jauh dalam bidang masing-masing termasuk bola sepak.

“Impian besar. Itulah bagaimana saya dapat dalam hidup saya kerana saya mahu memenangi Piala FA di usia muda dan saya berjaya memenangin­ya dua kali di depan beratus-ratus dan beribu-ribu orang.

“Ia menakjubka­n tetapi ia hasil usaha saya. Keinginan saya, hati mahukannya dan cuba berlatih, itulah yang perlu anda lakukan,” katanya.

Dalam pada, Jurulatih PPBN, Abdifitaah Mohamed Hassan dan Mohd Ridzuan Abdul Rahman sangat gembira program itu yang membabitka­n skuad bawah-13 dan bawah 15 tahun itu.

“Lawatan tiga legenda ini memberikan dorongan yang amat diperlukan anak-anak terutamany­a dengan tugasan mereka di Perancis dan Hong Kong selepas ini,” katanya.

 ?? [FOTO ASWANDI ALIAS/BH] ?? (Dari kiri), pemain Legenda Manchester United, David May, Dwight Yorke dan Dennis Irwin hadir berkongsi ilmu dengan pemain PPBN B-12 dan B-15 di Bukit Jalil, semalam.
[FOTO ASWANDI ALIAS/BH] (Dari kiri), pemain Legenda Manchester United, David May, Dwight Yorke dan Dennis Irwin hadir berkongsi ilmu dengan pemain PPBN B-12 dan B-15 di Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia