Berita Harian

Malaysia catatkan aliran masuk dana asing tertinggi

Prospek ekonomi kukuh pikat pelabur portfolio pindah modal

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@nstp.com.my

Pasaran ekuiti Malaysia mencatatka­n aliran masuk dana asing tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara dalam tempoh hampir tiga bulan tahun ini, didorong prospek ekonomi negara ini yang kukuh.

Setakat 9 Mac 2018, sejumlah RM1.9 bilion dana asing bersih mengalir masuk ke dalam pasaran saham tempatan selepas berjaya menarik RM10.8 bilion aliran masuk asing bersih bagi keseluruha­n tahun lalu.

Aliran masuk dana asing bersih ke Bursa Malaysia pering kat mingguan tertinggi negara dicatat pada minggu pertama tahun ini, iaitu RM915.1 juta, kemasukan terbesar direkodkan sejak Mac 2017.

Negara Asia Tenggara lain yang turut menerima kemasukan dana asing, selain Malaysia adalah Vietnam dengan RM1.6 bilion.

Sementara itu, pasaran saham Indonesia, Filipina dan Thailand pula mencatatka­n aliran keluar dana asing dengan masingmasi­ng berjumlah RM4.1 bilion, RM1.3 bilion dan RM6.8 bilion.

Aliran masuk dana asing itu, sekali gus menyokong penanda aras utama Bursa Malaysia, Indeks FBM KLCI terus mencatatka­n aliran meningkat dengan kekal berada di paras melebihi 1,800 mata.

Kedudukan ringgit mendapat sokongan aliran masuk berkenaan untuk kekal kukuh berada di bawah paras RM4 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS).

Asas ekonomi kekal kukuh

Malaysian Rating Corporatio­n Bhd, berkata pelabur portfolio memindahka­n modal ke dalam pasaran Malaysia untuk mengam bil kesempatan daripada pertumbuha­n ekonomi negara ini yang diunjurkan kukuh pada tahun ini.

Firma penarafan tempatan itu mengunjurk­an aliran masuk dana asing akan berterusan sejajar dengan pemulihan di rantau ini.

“Malah, penyusutan ketara ringgit selepas harga minyak mentah jatuh pada 2014 juga menyediaka­n peluang bagi pelabur untuk meraih manfaat daripada jangkaan pengukuhan ringgit,” katanya.

Sementara itu, Fundsuperm­art Research, menjangka asas ekonomi Malaysia akan kekal kukuh dan ia menjadi antara alasan utama untuk merangsang aliran masuk dana asing ke dalam pasaran ekuiti tempatan.

Melangkah ke hadapan, Fundsuperm­art Research, berkata penggunaan swasta dijangka kekal menjadi pemacu utama kepada ekonomi dengan jangkaan kadar inflasi akan menyederha­na tahun ini, sekali gus mengurangk­an beban peningkata­n kos hidup dan merangsang perbelanja­an domestik.

 ?? GRAFIK BH ??
GRAFIK BH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia