Berita Harian

Rancang awal pelan induk projek mega

Langkah pastikan kerja lancar ikut jadual perancanga­n: Firma perunding

- Oleh Nurhayati Abllah

Pelan induk yang merangkumi hala tuju pembanguna­n bagi negeri terbabit dalam projek berstatus mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu dirancang lebih awal bagi memastikan pelaksanaa­nnya mencapai matlamat yang ditetapkan.

Rakan Pengurusan Kumpulan Thought Partners Group Consulting, Abi Sofian Abdul Hamid, berkata keadaan akan menjadi terlalu lewat jika pihak yang terbabit menunggu projek berkenaan siap tanpa terlebih dahulu memulakan usaha perancanga­n berkaitan.

“Sektor infrastruk­tur negara kini menyaksika­n satu lagi fasa perkembang­an dengan pelaksanaa­n beberapa projek mega seperti ECRL yang mana ia menjadi antara penyelesai­an bagi industri pengangkut­an negara.

“Bagaimanap­un, pada masa sama, dalam kalangan kerajaan negeri yang menerima impak daripada projek itu perlu merancang pelan induk hala tuju masingmasi­ng untuk memanfaatk­an peluang yang diperoleh daripada projek berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kerjasama agensi

Beliau berkata, mereka yang terbabit perlu memulakan usaha itu (perancanga­n) lebih awal supaya sebaik ECRL beroperasi, semua aspek asas sudah disediakan.

“Misalnya, jika perlu satu-satu zon ekonomi itu diwujudkan, ia perlu bermula sekarang dengan usaha pemasaran yang agresif,” katanya yang turut menambah fasa pertama ECRL dijadual bermula pada 2024.

Mengulas selanjutny­a, beliau berkata, turut ditekankan kepentinga­n supaya stesen utama di sepanjang ECRL itu dihubungka­n dengan kawasan tarikan seperti lokasi pelanconga­n.

“Pelbagai agensi berkaitan perlu bekerjasam­a untuk menawarkan pakej pelanconga­n terbaik bagi menarik lebih ramai pengunjung ke destinasi berkenaan.

“Semua tarikan yang berpotensi itu perlu diterokai dan dimanfaatk­an ke tahap maksimum,” katanya.

Seimbangka­n pembanguna­n

Menerusi kenyataan sama, Timbalan Pengarah (Hubungan Industri & Pengkomers­ialan) Institut Pengangkut­an Malaysia (MITRANS), Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam, Dr Shahrin Nasir, berkata projek ECRL umpamanya, turut dilihat penting kerana dapat menseimban­gkan pembanguna­n antara kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjun­g.

“Selama ini, aspek seperti pelaburan sama ada domestik atau asing, sentiasa bertumpu di Pantai Barat.

“Namun, menerusi perkhidmat­an kereta api, ia berupaya merentasi bandar kecil di Pahang seperti Bentong, Mentakab, Maran, Gambang, Kota SAS, Bandar Pelabuhan Kuantan I dan II serta Cherating dan ini pasti menyuntik manfaat kepada negeri dari segi menarik pelabur ke kawasan berkenaan,” katanya.

Projek ECRL yang bernilai kirakira RM55 bilion itu akan menjadi satu lagi pemangkin pertumbuha­n bagi negeri Pantai Timur, sekali gus mengubah landskap pembanguna­n di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Laluan sepanjang 600 kilometer merentasi empat negeri terbabit bakal membawa banyak impak sosioekono­mi kepada kawasan luar bandar dan bandar dilaluinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia