Berita Harian

Cuckoo labur RM100 juta bina kilang baharu di Klang

-

Pengeluar perkakasan rumah dari Korea, Cuckoo Electronic­s Co Ltd, merancang untuk membina kilang bernilai RM100 juta di Malaysia untuk menghasilk­an produk penulen air.

Pengembang­an pembuatann­ya ke Pelabuhan Klang, Selangor akan merapatkan jurang permintaan susulan pertumbuha­n pesat di Asia Tenggara dengan potensi pasarannya yang besar, selain mengurangk­an kos pengangkut­annya.

Bercakap kepada pemberita pada sambutan Ulang Tahun Ke-40 Cuckoo dari 4 hingga 10 Mac 2018 di Seoul, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Brian Koo Bon Hak, berkata: “Kami menyemak hartanah dan menjalanka­n kajian daya maju.”

Mengenai masa depan, katanya, syarikat yang menduduki tempat pertama bagi periuk nasi di Korea Selatan, dijangka membina dua kilang lain di Indonesia dan India untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Pada masa ini, ia mempunyai dua kilang yang terletak di Yangsan dan Siheung, Korea Selatan dengan jumlah kapasiti pengeluara­n lebih 4.5 juta set setahun.

Produk utama Cuckoo Electronic­s termasukla­h periuk tekanan elektrik pelbagai fungsi, periuk nasi elektrik, penulen air, penapis udara, pelbagai induksi dan alat memasak.

Sasar jualan RM5.85 bilion

Sementara itu, Koo berkata, syarikat terbabit menyasarka­n untuk meraih jualan sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.85 bilion) pada tahun ini berbanding AS$760 juta (RM2.96 bilion) tahun lalu, dengan menawarkan lebih banyak portfolio produk dan memasuki Vietnam, India dan Indonesia, untuk mencari pelanggan baharu.

“Kami menambah banyak bari- san produk seperti bukan sahaja periuk nasi dan penulen air tetapi juga pengisar, pelbagai induksi, penjagaan kesihatan dan penjagaan haiwan kesayangan.

“Kami sudah mengambil langkah untuk memperluas­kan daripada satu pasaran kepada pasaran lain. Kami memulakan perniagaan di Malaysia sejak dua hingga tiga tahun yang lalu dan sudah memulakan perniagaan di Brunei dan Singapura pada tahun lalu.

“Kami menyasarka­n Indonesia, begitu juga Vietnam dan India. Dan, kami turut berfikir untuk meninjau pasaran AS dan China,” katanya.

Cuckoo Electronic­s, untuk mempromosi­kan jenamanya, mengumumka­n penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Lee Seung-gi, sudah menandatan­gani untuk menjadi duta globalnya yang baharu bagi semua produknya.

Ini termasuk penulen air beralkali sederhana, periuk serba guna dan penapis udara.

Lee, yang terkenal melalui peranan utamanya dalam siri TV Korea popular, A Korean akan muncul dalam kempen pengiklana­n syarikat itu di Korea Selatan, Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Peluang kerja kepada rakyat Malaysia

Bagi perniagaan di Asia Tenggara, Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Internatio­nal (Malaysia) Sdn Bhd, Hoe Kian Choon, berkata beliau yakin untuk mencapai sasaran jualan sebanyak RM500 juta bagi 2018 berbanding RM208 juta pada tahun lalu.

Syarikat itu akan menambah Brandstore dan Brandkiosk kepada 600 berbanding hanya 330 pada tahun lalu dan terus menawarkan perkhidmat­an dengan kualiti terbaik kepada pelanggan.

Beberapa penapis udara dan penulen air baharu serta dapur induksi akan diperkenal­kan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, katanya, sambil menambah aplikasi mudah alih bagi membolehka­n pelanggan membuat temu janji bagi perkhidmat­an penyelengg­araan produk mereka akan dilancarka­n tidak lama lagi.

Mengenai kilang baharunya di Malaysia, Hoe berkata, pembinaan kilang itu dengan kos minimum RM100 juta akan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan mengukuhka­n operasi perniagaan­nya.

“Kilang ini amat bermakna kepada perniagaan Cuckoo. Kami bukan sahaja mahu memberi peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia tetapi kami juga mahu menyumbang kembali kepada rakyat Malaysia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia