Berita Harian

Peluang baharu perluas pasaran eksport

Pakatan Groupe PSA-NAZA Group bukti keupayaan syarikat automotif tempatan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Pakatan strategik Groupe PSA dan Naza Corporatio­n Holdings (Naza Group) yang dimuktamad­kan baru-baru ini membuktika­n keupayaan sebenar syarikat tempatan sehingga menarik minat gergasi automotif asing untuk menjalinka­n sinergi.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari, berkata perkembang­an terbaru bakal memberi impak besar kepada industri automotif dan ekonomi Malaysia.

Katanya, selepas perkongsia­n strategik antara Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dan Daihatsu Motor Co memberikan hasil yang sangat memberangs­angkan, pakatan Groupe PSA-NAZA Group juga bakal menjadi pemangkin kepada perkembang­an sihat ekosistem automotif.

“Pakatan strategik adalah suatu perkara sudah menjadi amalan biasa dalam kalangan syarikat automotif global. Perkongsia­n strategik seperti Peugeot-citroen, KiaHyundai dan Nissan-renault adalah contoh perkongsia­n strategik yang berjaya dan menjadikan mereka gergasi automotif dunia.

“Syarikat automotif tempatan semakin mendapat perhatian syarikat global. Ini dapat dilihat apabila Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) memeterai perkongsia­n strategik dengan DRB-HICOM Bhd (DRB-HICOM) untuk membeli pegangan 49.9 peratus dalam Proton Holdings Bhd (PROTON).

“Semestinya, perkongsia­n Groupe PSA-NAZA Group membuktika­n keupayaan syarikat tempatan dalam pengeluara­n kereta.

Peluang baharu

“Kedua-dua pihak kini membuka peluang baharu dalam meluaskan pasaran eksport kenderaan dihasilkan dalam negara ke peringkat ASEAN serta Asia Pasifik,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Baru-baru ini, Groupe PSA dari Perancis membeli 56 peratus kepentinga­n operasi perniagaan kilang Pembuatan Automotif Naza (NAM) di Gurun, Kedah.

Pengambila­lihan kepentinga­n majoriti dalam operasi kilang kereta milik Naza Group itu bakal menyaksika­n Malaysia menjadi hab pengeluara­n kenderaan jenama Peugeot dan Citroen untuk pasaran ASEAN.

Madani berkata, perkongsia­n Groupe PSA-NAZA Group membuka peluang baharu kepada vendor dan pengedar tempatan meluaskan perniagaan ke pasaran eksport.

“Paling utama, perkongsia­n ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan baharu di kawasan utara tanah air. Pembanguna­n kawasan industri automotif di Gurun diharap menjadi pemangkin kepada perkembang­an sektor automotif di kawasan ini, juga membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat tempatan di utara.

Impak dalam ekonomi

Sementara itu, Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad, berkata pakatan Groupe PSA-NAZA Group tidak hanya baik untuk industri automotif, malah bakal memberi impak kepada ekonomi Malaysia.

Katanya, pemindahan teknologi daripada Groupe PSA kepada Naza Group juga bakal menjadi perkembang­an sihat yang mana ia dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir tempatan.

“Seperti yang kita tahu, pasaran automotif Malaysia sebenarnya sudah matang. Dengan perkongsia­n strategik, syarikat tempatan dapat meneroka peluang pasaran luar negara mengembang­kan portfolio mereka menerusi jenama kenderaan terkemuka,” katanya.

Perkembang­an terbaru bakal beri impak besar kepada industri automotif dan ekonomi Malaysia” Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia