Berita Harian

Pasaran tunggu petunjuk baharu

-

Penanda aras saham tempatan, Indeks FBM KLCI dibuka pada minggu lalu pada paras 1,842.62 berbanding dengan penutup minggu sebelumnya 1,856.07, jatuh 2.32 mata.

Indeks terus bergerak dalam aliran menurun dengan jajaran kecil sepanjang minggu lalu tetapi tidak ditutup pada paras terendah mingguan.

FBM KLCI susut 16.94 mata atau 0.92 peratus untuk prestasi secara mingguan.

Pada minggu ini juga kita melihat pelabur asing menjadi penjual bersih dengan wang keluar sebanyak RM298.5 juta dan pelabur runcit menjadi pembeli bersih sebanyak RM204.7 juta.

Jumlah dagangan minggu itu adalah 12.972 bilion dengan nilai dagangan sebanyak RM12.430 bilion.

Bagi minggu ini pasaran di jangka akan bergerak di dalam jajaran yang kecil, menunggu berita positif luar negara dan dalam negara, terutama mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14.

FBM KLCI susut 13.45 mata

Bagi prestasi mingguan, pada Isnin, FBM KLCI jatuh 13.45 mata untuk ditutup pada paras 1,842.62.

Ia sejajar dengan pasaran serantau yang juga jatuh apabila indeks Dow Jones ditutup rendah pada Jumaat lalu, berikutan ketidakten­tuan mengenai dasar perdaganga­n Presiden AS, Donald Trump yang dikatakan hanya menguntung­kan industri tertentu sahaja dan pelabur menunggu keputusan pilihan raya di Itali.

Di pasaran tempatan, Indeks FBM KLCI terus berada di kawasan negatif dengan tekanan jualan di beberapa kaunter mewah.

Kaunter rugi hampir lima kali ganda lebih banyak daripada kaunter untung. Kaunter untung 172 dan kaunter rugi sebanyak 963.

Kebanyakan indeks Bursa utama ditutup rendah kecuali Indeks Pengguna, naik 0.17 peratus.

Jumlah dagangan melonjak kepada 2.620 bilion saham yang diniagakan dengan nilai pasaran merosot kepada RM2.405 bilion.

Kaunter untung termasuk Nestle naik RM2 (+1.59 peratus), AWC meningkat 3.5 sen (+4.24 peratus) dan Gamuda menokok 16 sen (+3.14 peratus).

Mengikut perangkaan Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah RM151.7 juta. Ringgit menyusut nilai kepada RM3.9065 berbanding satu dolar AS.

Saham Asia meningkat

Pada Selasa, Indeks KLCI naik 5.75 mata dan ditutup pada paras 1,848.37 berikutan aktiviti belian pada harga murah di beberapa kaunter mewah.

Pasaran saham Asia meningkat apabila kebimbanga­n mengenai potensi pertelingk­ahan perdaganga­n mula pudar.

Indeks Nikkei Jepun mengetuai kenaikan di pasaran serantau. Indeks Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur dengan indeks teknologi mendahului keuntungan. Jumlah dagangan melonjak kepada 2.767 bilion saham yang diniagakan dengan nilai pasaran meningkat kepada RM2.779 bilion. Sebanyak 529 kaunter untung dan 438 kaunter rugi.

Mengikut perangkaan

Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah RM15.2 juta sementara ringgit menyusut nilai kepada RM3.9035 berbanding satu dolar AS.

Wegman Holdings Bhd disenaraik­an di pasaran ACE hari itu dengan dibuka pada harga RM0.305, lebih 1.5 sen dari harga tawaran awam permulaan (IPO) RM0.29. Kemudian, ia berlegar di antara RM0.285-RM0.32 dan ditutup pada RM0.295, meningkat lima sen (5.1 peratus).

Penasihat ekonomi Trump letak jawatan

Indeks FBM KLCI jatuh 10.47 mata pada hari berikutnya untuk ditutup pada 1,837.90 walaupun terdapat aktiviti belian di kaunter mewah yang mengurangk­an kerugian awal. Kejatuhan itu adalah kerana kebimbanga­n akan berlakunya perang perdaganga­n.

Pasaran Asia ditutup rendah dalam dagangan pada Rabu dalam dagangan yang tidak menentu selepas berita bahawa penasihat ekonomi Trump meletak jawatan.

Semua indeks berada dalam keadaan rendah hari itu dengan jumlah dagangan melonjak kepada 3.108 bilion saham diniagakan dengan nilai pasaran meningkat kepada RM3.174 bilion.

Kaunter rugi melebihi enam kali ganda berbanding kaunter untung, iaitu sebanyak 991 berbanding 163.

Mengikut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah RM32.4 juta. Ringgit menyusut nilai kepada RM3.9053 berbanding dolar AS.

Seperti mana jangkaan, indeks penanda aras berlegar dalam jajaran yang kecil antara 1,820-1,870.

Indeks dibuka rendah

Indeks FBM KLCI dibuka rendah sedikit pada paras 1853.75 berbanding penutup minggu sebelumnya pada paras 1856.07. Pada akhir dagangan, ia ditutup pada 1843.92, turun 16.94 mata (-0.92). Jumlah dagangan pula adalah 12.972 bilion bernilai RM12.430 bilion.

Indeks penanda aras naik

1.72 mata pada Khamis untuk ditutup pada 1,839.62 kerana tekanan jalan di beberapa kaunter mewah dan Indeks FBM KLCI ditutup di bawah paras tertinggi.

Pasaran di Asia ditutup lebih tinggi, dengan pasaran saham mencatat keuntungan selepas sesi yang rugi sebelum ini kerana berkaitan dengan perang perdaganga­n.

Kenaikan pasaran saham di rantau itu selepas pasaran AS yang ditutup dalam keadaan lebih baik dengan perkembang­an terbaru berkenaan tarif logam Trump.

Indeks Bursa ditutup bercampur-campur dengan jumlah dagangan jatuh kepada 2.227 bilion saham yang diniagakan dan nilai pasaran menurun kepada RM2.057 bilion.

Jumlah kaunter untung adalah 475 dan kaunter rugi 431.

Mengikut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing adalah sebanyak RM90.6 juta.

Ringgit menambah nilai kepada RM3.9088 berbanding dolar AS.

FBM KLCI naik 4.30 mata

Pada Jumaat lalu, Indeks FBM

KLCI naik 4.30 mata untuk ditutup pada 1,843.92.

Saham Asia ditutup lebih tinggi berikutan berita bahawa Trump bersetuju untuk bertemu dengan pemimpin

Korea Utara, Kim Jong un.

Wall Street mencatatka­n keuntungan sederhana berikutan pelaksanaa­n tarif logam AS.

Indeks di pasaran tempatan kebanyakan­nya meningkat kecuali Indeks Pembinaan dan Kewangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.250 bilion saham yang didagangka­n dan nilai pasaran jatuh ke RM2.015 bilion.

Jajaran pasaran menunjukka­n kaunter untung lebih sedikit berbanding kaunter rugi dengan sebanyak 491 berbanding 459.

Mengikut perangkaan Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing sebanyak RM39.6 juta dan ringgit menambah nilai kepada RM3.9115 berbanding dolar AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia