Berita Harian

FBM KLCI diunjur cecah 1,850

Ketegangan geopolitik reda, harga komoditi pulih pacu indeks

-

Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu ini, dengan indeks petunjuk pasaran mencecah paras 1,850, didorong oleh sentimen pasaran yang lebih baik berikutan ketegangan geopolitik global yang reda dan harga komoditi yang pulih.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata ada kelegaan di pasaran selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerima jemputan untuk menemui pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un pada Mei.

“Kami dapat melihat ketegangan yang semakin reda dalam ketegangan geopolitik antara Korea Utara dan AS dan ini adalah kelegaan yang besar bagi peniaga dan pelabur di seluruh dunia.

“Kami juga melihat pasaran komoditi kini pulih berdasarka­n harga minyak global, getah dan mi yak sawit mentah mula me

Ini petanda yang baik,” katanya kepada Bernama.

Pada Jumaat, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan 0.3 peratus lebih tinggi kepada AS$63.79 satu tong manakala niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te meningkat 0.2 peratus kepada AS$60.24 satu tong.

Pemangkin pasaran

Pada peringkat tempatan, Nazri berkata, saham berkaitan pilihan raya seperti Drb-hicom, Felda Global Ventures dan MRCB akan mendapat tarikan dalam masa terdekat berikutan pilihan raya dikatakan semakin hampir.

“Saya fikir ini adalah pemangkin yang sesuai bagi pasaran mengukuh,” katanya.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI ditutup 12.15 mata lebih rendah kepada 1,843.92 daripada 1,856.07 sebelum ini.

Indeks FBM Emas turun 205.01 mata kepada 12,968.94, Indeks FBMT100 susut 181.55 mata kepada 12,711.9 dan Indeks FBM Emas Syariah jatuh 249.84 mata kepada 13,122.51.

FBM 70 berkuranga­n 555.21 mata kepada 15,423.27 dan FBM Ace merosot 182.81 mata kepada 5,971.86.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan susut 33.59 mata kepada 3,181.86, Indeks Perladanga­n turun 35.83 mata kepada 8,044.16 dan Indeks Kewangan jatuh 235.33 mata kepada 17,992.74.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 12.94 bilion unit bernilai RM12.43 bilion daripada 14.37 bilion unit bernilai RM14.20 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama jatuh kepada 7.77 bilion saham bernilai RM11.62 bilion daripada 9.22 bilion saham bernilai RM13.30 bilion.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 2.35 bilion unit bernilai RM354.6 juta daripada 2.44 bilion unit bernilai RM439.50 juta.

Pasaran ACE naik kepada 2.8 bilion saham bernilai RM435.93 juta daripada 2.67 bilion saham bernilai RM441.25 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia