Berita Harian

Usah terpedaya sentimen perkauman pembangkan­g

Rakyat digesa tak termakan dakwaan Yayasan Sabah bankrap

- Oleh Abdul Rahemang Taiming

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, menasihatk­an rakyat di negeri ini supaya tidak terpedaya dengan dakyah parti pembangkan­g yang sejak akhir ini kerap memainkan sentimen perkauman.

Beliau berkata, rakyat perlu bijak menilai setiap janji manis parti pembangkan­g yang boleh diibaratka­n bagai bulan dan bintang, namun semuanya hanya bersifat auta (penipuan) semata-mata.

“Ada pihak yang mendakwa Yayasan Sabah kononnya sudah bankrap, sebenarnya dakwaan itu hanya cerita kosong semata-mata.

“Alhamdulil­lah, sebaliknya hari ini, kitalah (kerajaan negeri) yang berusaha mengembang­kan Yaya- san Sabah sehingga memiliki aset dan tanah bernilai jutaan ringgit,” katanya.

Musa berkata demikian di hadapan kira-kira 5,000 pengunjung sempena program Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat Peringkat Zon Pantai Timur Selatan di Padang Perbandara­n Tawau di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata, kumpulan Yayasan Sabah sebuah jentera strategik kerajaan negeri yang sentiasa memacu pembanguna­n di Sabah.

Limpahan pembanguna­n ekonomi, infrastruk­tur

Bukan setakat itu sahaja katanya, melalui kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, negeri ini menerima limpahan pembanguna­n ekonomi dan infrastruk­tur, misalnya projek empangan air bernilai RM450 juta di daerah Tawau, selain projek menaik taraf hospital di Sabah dan projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, berkata secara keseluruha­nnya semua program Kumpulan Yayasan Sabah di Zon Pantai Timur Selatan memberi manfaat kepada lebih 154,000 masyarakat tempatan, dengan peruntukan RM6.8 juta bagi tempoh 2003 sehingga tahun lalu.

 ?? [ FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING / BH ] ?? Musa menyempurn­akan gimik perasmian Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat Peringkat Zon Pantai Timur Selatan di Padang Perbandara­n Tawau, semalam.
[ FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING / BH ] Musa menyempurn­akan gimik perasmian Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat Peringkat Zon Pantai Timur Selatan di Padang Perbandara­n Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia