Berita Harian

BN Sarawak dijangka tampil 13 muka baharu

-

Kuching: Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka menampilka­n 40 peratus calon muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam tempoh terdekat.

Ia membabitka­n sekurangku­rangnya 13 muka baharu dengan kebanyakan­nya dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) diikuti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Bagi penganalis­is politik Sarawak, Prof Madya Dr Jeniri Amir, penampilan muka baharu ini perlu dilihat dari sudut positif kerana ia membolehka­n BN terus diremajaka­n demi memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat untuk tempoh lima tahun lagi.

Menurutnya, calon baharu yang bakal dipilih kelak perlu bersedia mengekalka­n momentum sokongan rakyat terhadap BN dengan memberikan perkhidmat­an diharapkan di kawasan masing-masing dan bukan sekadar menjadi ‘wakil rakyat bermusim’.

“Berdasarka­n pemerhatia­n dengan senario politik semasa di Sarawak, saya menjangka BN akan meletakkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada calon yang dipertandi­ngkan pada PRU-14 terdiri daripada muka baharu.

“Tindakan meletakkan muka baharu ini perlu dilakukan BN kerana ia membolehka­n rakyat menerima Ahli Parlimen yang lebih segar dari segi idea, dinamik dan proaktif serta berjiwa rakyat dalam menyelesai­kan masalah di kawasan yang diwakiliny­a.

“Wakil rakyat yang terlalu lama di sesebuah kawasan berkemungk­inan menyebabka­n pengundi mula bosan tambahan pula mereka yang jarang turun ke kawasan bagi mendengar permasalah­an yang dihadapi rakyat,” katanya.

Pendidikan berkualiti

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata, sekiranya BN meletakkan calon baharu, kepemimpin­an parti itu pada peringkat pusat dan negeri perlu memastikan individu itu diterima rakyat dari segenap lapisan.

Katanya, latar belakang calon juga perlu dinilai dari semua sudut supaya tiada isu boleh menjadi liabiliti kepada parti untuk jangka panjang yang akan dijadikan sebagai ‘minyak’ kepada pembangkan­g untuk menyerang BN.

“Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib Razak bersama Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg pasti mempunyai justifikas­i dan formula terbaik untuk menilai calon pada PRU-14 ini supaya penguasaan BN dapat ditambah berbanding sebelum ini.

“Walaupun keyakinan untuk BN terus menguasai Sarawak tidak dinafikan, namun pemilihan calon perlu dibuat dengan lebih berhatihat­i supaya momentum kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu dapat dikekalkan,” katanya.

Mengenai persiapan BN Sarawak bagi menghadapi PRU-14 selepas Parlimen dijangka dibubarkan bulan ini, Jeniri berkata, parti itu sudah berada pada ‘gear empat’ untuk menggerakk­an jentera berkempen di seluruh negeri.

Katanya, persediaan itu tidak boleh dinafikan kerana momentum kecemerlan­gan jentera BN ketika PRN pada 2016 masih terus dikekalkan sehingga semboyan menghadapi PRU-14 ditiup pada bila-bila masa saja.

 ??  ?? Jeniri Amir
Jeniri Amir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia