Berita Harian

Pakatan Harapan cedok perjuangan BN

-

Kota Kinabalu: Pakatan Harapan (PH) mencedok perjuangan parti komponen Barisan Nasional (BN) menerusi manifeston­ya berkaitan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johnny Mositun, berkata hak rakyat Sabah sudah lama diperjuang­kan parti itu dan ia kini diberi perhatian serius kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, perjuangan parti itu turut mendapat sokongan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang sentiasa berusaha menyuaraka­n kehendak rakyat negeri ini kepada Najib supaya tindakan sewajarnya diambil.

“Mereka (PH) baru sekarang sibuk pasal hak Sabah sebab mahu menang pilihan raya. Setiap kali pilihan raya ada saja isu berkaitan Sabah dibangkitk­an tetapi tiada satu pun dapat ditunaikan.

“Sebaliknya kita (PBS) konsisten memperjuan­gkan hak Sabah sejak dulu lagi. Hasil komitmen kita itu, sekarang kerajaan sama ada di peringkat Pusat atau negeri memberi perhatian serius terhadap perkara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas manifesto PH dibentangk­an baru-baru, antaranya menggarisk­an janji untuk mengembali­kan status Sabah dan Sarawak berdasarka­n MA63.

Yakin perubahan besar

Johnny berkata, beliau turut meletakkan keyakinan terhadap kepemimpin­an Kerajaan Persekutua­n yang diterajui Najib dalam mengembali­kan hak rakyat Sabah sebagaiman­a yang termaktub dalam perjanjian itu.

“Kita yakin ada perubahan besar berdasarka­n janji Perdana Menteri untuk mengembali­kan hak kita selepas proses mengkaji dan meneliti perkara itu dilaksanak­an. Kita faham ia memerlukan masa,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata, janji pembangkan­g menerusi manifeston­ya hanya bersifat gula-gula untuk menarik perhatian rakyat, namun bukan untuk dilaksanak­an.

“Walaupun mereka kata tidak dapat melaksanak­an perubahan kerana belum memerintah tetapi kita lihat pemimpin mereka ada juga daripada BN tetapi sebelum ini tidak pun berbuat apa-apa, kenapa baru sekarang sibuk,” katanya.

Mereka (PH) baru sekarang sibuk pasal hak Sabah sebab mahu menang pilihan raya. Setiap kali pilihan raya ada saja isu berkaitan Sabah dibangkitk­an tetapi tiada satu pun dapat ditunaikan” Johnny Mositun, Setiausaha Agung PBS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia