Berita Harian

Kit fertigasi jana pendapatan petani

-

Kinabatang­an: Usaha Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyerahka­n kit fertigasi pertanian melalui FELCRA Berhad bertujuan membantu menjana pendapatan penduduk luar bandar di negara ini.

Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata penduduk mengusahak­an penanaman cili padi misalnya, penyerahan kit itu diyakini mampu meningkatk­an ekonomi penduduk yang masih menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan utama.

“Harga pasaran cili padi walaupun berdasarka­n permintaan semasa, masih mampu meningkat sehingga RM50 sekilogram, sekiranya mendapat permintaan yang tinggi.

“Sebab itu, peserta yang diberi kit fertigasi pertanian ini diharap mengusahak­annya dengan komitmen tinggi agar dapat menerima pulangan, sekali gus meningkatk­an ekonomi masing-masing,” katanya pada Majlis Penyerahan Kit Fertigasi Kinabatang­an di Dewan Sri Lamag di sini, semalam.

Yang turut hadir Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Felcra Berhad, Mohd Fauzi Mohd Tahir dan Pengerusi Felcra Bina yang juga Timbalan Ketua UMNO Kinabatang­an, Jafry Ariffin.

Beri percuma

Terdahulu, Mohd Fauzi berkata, kerajaan memberi secara percuma kit berkenaan sebagai percubaan untuk penerima mengusahak­an tanaman mereka.

“Mereka yang berminat boleh meneruskan usaha ini kerana pada masa akan datang, ia diyakini dapat memberi pulangan secara harian.

“Sebagai contoh, kerajaan akan memberi pinjaman RM20,000 kepada mereka yang berminat untuk mengusahak­an penanaman lada dan dalam tempoh lima bulan hasil boleh dituai dengan pendapatan RM2,000 sebulan,” katanya.

 ?? [ FOTO JUZAIMIE JAZLAN / BH ] ?? Bung Moktar menyampaik­an kit fertigasi pertanian kepada penerima di Dewan Sri Lamag, Kinabatang­an, semalam.
[ FOTO JUZAIMIE JAZLAN / BH ] Bung Moktar menyampaik­an kit fertigasi pertanian kepada penerima di Dewan Sri Lamag, Kinabatang­an, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia