Berita Harian

Pusat lupus al-quran ditambah

Kemudahan dibina dekat Muara Tebas

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Sarawak kini memiliki pusat pelupusan al-quran, kemudahan kedua seumpamany­a di negeri ini, bagi memudahkan umat Islam melupuskan bahan bacaan mengandung­i ayat suci itu dengan cara mematuhi syarak.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, Laksamana Pertama Datuk Ismaili Bujang Pit, berkata pembinaan pusat yang membabitka­n kos kirakira RM70,000 antara khidmat sosial APMM kepada masyarakat.

Koperasi Masjid Darul Naim kendali pusat pelupusan

Menurutnya, pusat berkenaan akan dibina di kawasan lapang berhampira­n jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di Muara Tebas, di sini juga menempatka­n sebuah relau untuk membakar ayat suci alquran yang mahu dilupuskan.

“Pusat pelupusan itu akan dikendalik­an Koperasi Masjid Darul Naim APMM Sarawak.

“Abu daripada pelupusan itu akan dibawa menggunaka­n kapal APMM yang keluar untuk meronda sebelum dihanyutka­n di kawasan strategik di perairan Sarawak,” katanya selepas majlis perasmian Pusat Pemuliaan Bahan Mengandung­i Ayat Suci alquran di KOMTAS, Muara Tebas di sini, semalam.

Majlis disempurna­kan Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yassin yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Ismaili berkata, sebelum ini operasi pelupusan alquran hanya dilakukan di Masjid Assyakirin di Bintulu, namun lokasi yang jauh menjadi kekangan, terutama bagi tujuan pelupusan dari kawasan selatan Sarawak.

Katanya, kewujudan pusat pelupusan terbaru ini memberikan kemudahan kepada umat Islam di kawasan selatan bermula dari Telok Melano, Sematan sehingga Sibu.

Sementara itu, Kipli dalam ucapannya menyaranka­n agar masyarakat mengambil berat proses melupuskan bahan yang mempunyai ayat alquran mengikut syarak.

“Proses pelupusan ini perlu dilakukan dengan tertib dan mengikut syarak kerana ini adalah tugas kita untuk memuliakan­nya (alquran),” katanya.

 ?? [ FOTO EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE/BH ] ?? Ismaili (tiga dari kanan) menunjukka­n bahan yang akan dilupuskan kepada Kipli (kiri) pada majlis perasmian Pusat Pemuliaan Bahan Mengandung­i Ayat Suci al-quran di KOMTAS, Muara Tebas, semalam.
[ FOTO EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE/BH ] Ismaili (tiga dari kanan) menunjukka­n bahan yang akan dilupuskan kepada Kipli (kiri) pada majlis perasmian Pusat Pemuliaan Bahan Mengandung­i Ayat Suci al-quran di KOMTAS, Muara Tebas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia