Berita Harian

Tok Wan bantu golongan miskin miliki kediaman

-

Petra Jaya: Sebelum ini, setiap kali hujan lebat, Aminah Mohd Kancil bersama dua anak perempuann­ya bergegas mencari bekas untuk menakung air kerana bumbung rumah mereka di Kampung Panglima Seman Ulu, di sini bocor, manakala dinding pula banyak yang berlubang.

Namun, kesulitan itu tidak lagi membelengg­u Aminah, 53, apabila dia menerima sumbangan rumah menerusi Projek Rumah Ihsan Wan Junaidi (PRIWJ) yang siap dibina tahun lalu.

Ibu tunggal itu berkata, dia serta dua anaknya yang masingmasi­ng berusia 19 tahun dan 13 tahun sudah lama mendiami rumah usang dan pernah beberapa kali memohon bantuan untuk mendapatka­n kediaman lebih selesa.

“Kesulitan saya mendapat perhatian Tok Wan (Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar) yang menyumbang­kan rumah ini untuk memastikan kami sekeluarga hidup lebih selesa,” katanya, semalam.

Rumah diterima Aminah itu antara 18 kediaman yang dibina menerusi PRIWJ diperkenal­kan Wan Junaidi yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di Parlimen Santubong sejak 2015.

Kos rumah RM70,000 dilengkapi perabot

Ia juga adalah inisiatif Wan Junaidi sebagai Ahli Parlimen Santubong untuk membantu penduduk miskin di kawasan diwakiliny­a.

Kos setiap rumah yang dibina RM70,000 dan dibekalkan perabot dengan pemohon yang layak harus memiliki tanah sendiri atau mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk mendirikan rumah di tapak tertentu.

Dalam tempoh dua tahun sejak 2015 hingga 2017, sebanyak 18 unit rumah berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penerima yang layak dan tahun ini, sebanyak 18 unit lagi akan dibina.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, pembinaan rumah menerusi PRIWJ itu ditanggung sepenuhnya yayasan yang ditubuhkan oleh sebuah syarikat swasta di Semenanjun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia