Berita Harian

2,038 anjing disuntik vaksin tangani rabies

Rakyat semakin sedar, tingkat kerjasama banteras penyakit

- Oleh Kandau Sidi

Sejumlah 2,038 anjing di seluruh Sarawak sudah pun disuntik vaksin bagi menangani wabak rabies di negeri ini, sejak awal tahun sehingga semalam.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sa rawak, Datuk Lee Kim Shin, berkata angka itu dijangka terus meningkat berikutan wujud kesedaran dalam kalangan orang awam mengenai bahaya penu laran wabak itu.

Beliau berkata, sejumlah 971 anjing disuntik vaksin itu sepanjang bulan lalu, manakala bakinya menerima suntikan itu awal bulan ini.

433 kes tahun lalu

“Di Bahagian Miri sahaja, 433 kes gigitan anjing membabitka­n orang awam pula dilaporkan tahun lalu.

“Angka itu meningkat kepada 100 kes tahun ini,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Suntikan Rabies di Dewan Suarah Miri di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Ugah Embas.

Kim Shin berkata, Pejabat Jabatan Kesihatan Bahagian Miri memainkan peranan penting dalam aktiviti mempromosi kesihatan dan pendidikan berkaitan penyakit anjing gila atau rabies itu sejak tahun lalu.

Beliau berkata, selain pencegahan melalui suntikan vaksin itu, sebanyak 41 ceramah kesihatan mengenai wabak itu turut dianjurkan di utara negeri ini.

Katanya, penduduk di utara negeri ini yang memiliki anjing perlu memastikan mereka me nyuntik haiwan peliharaan de ngan vaksin rabies.

 ?? [ FOTO KANDAU SIDI/BH ] ?? Pengarah Veterinar Jabatan Pertanian Sarawak, Dr Adrian Susin Ambud (kanan) menyuntik vaksin pada seekor anjing sambil disaksikan oleh Ugah Embas (tengah) pada majlis pelancaran Kempen Suntikan Rabies di Miri, semalam.
[ FOTO KANDAU SIDI/BH ] Pengarah Veterinar Jabatan Pertanian Sarawak, Dr Adrian Susin Ambud (kanan) menyuntik vaksin pada seekor anjing sambil disaksikan oleh Ugah Embas (tengah) pada majlis pelancaran Kempen Suntikan Rabies di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia