Berita Harian

Pantai Kabong dibanjiri ‘raksasa’

-

Saratok: Kemunculan lipan, sotong, ikan pari, kucing dan naga raksasa ‘menggamatk­an’ suasana di Pantai Tanjung Kem bah, Kabong di sini, sejak Jumaat lalu.

Malah, makhluk gergasi itu berjaya mencuri tumpuan le bih 10,000 pengunjung yang membanjiri pantai berkenaan bagi menyaksika­n Pesta LayangLaya­ng Kabong 2018.

Ia yang kali pertama dianjur kan tahun ini dan berjaya menarik penyertaan peserta anta bangsa, termasuk dari Aus Scotland, Brunei, Ukraine, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Penduduk, Osman Alim Ali, 40, berkata jumlah pengunjung meningkat sepanjang berlangsun­gnya pesta berkenaan, termasuk pelancong asing bagi melihat sendiri pelbagai reka bentuk layanglaya­ng gergasi.

Tingkat sosioekono­mi penduduk setempat

“Terima kasih kerana me Kabong sebagai tapak penganjura­n pesta terbesar ini. Ia medan terbaik untuk kita mengetenga­hkan Kabong sebagai destinasi pelanconga­n.

“Malah, kehadiran pengunjung yang ramai turut membantu meningkatk­an sosioekono­mi setempat, khususnya peniaga kecil di sini,” katanya ketika ditemui NSTP di sini, semalam.

Pengunjung, Awang Sulaiman Mahli, 45, berkata dia bersama anaknya sanggup me nempuh perjalanan jauh dari Kuching bagi menyaksika­n pesta berkenaan kerana terlalu meminati permainan layanglaya­ng.

Katanya, dia sudah beberapa kali berkunjung ke pesta seumpamany­a di Pasir Gudang dan Bintulu, namun kali ini mengambil keputusan untuk ke Kabong untuk merasai sendiri kelainan dan keseronoka­nnya.

“Perasaan teruja sukar digambarka­n apabila berpeluang me nyaksikan ‘keindahan’ langit Kabong dihiasi dengan pelbagai bentuk, saiz dan warna layang layang yang diterbangk­an peserta pesta ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Dae rah Kabong, Kamaludin Alkap, berkata selain penyertaan luar negara, penganjur juga menerima maklum balas positif pe serta dari Semenanjun­g dan Sarawak.

Katanya, penganjura­n pesta itu melonjakka­n lagi potensi Kabong untuk dijadikan bandar pelanconga­n pada masa depan, sekali gus mempromosi­kan le bih banyak produk tempatan.

“Kerjasama padu semua pi h nganjuran pesta ini berjalan lancar mengikut perancanga­n,” katanya.

 ?? [ FOTO KHALID LATIP/BH ] ?? Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Abdul Karim Rahman Hamzah selepas merasmikan Pesta Layanglaya­ng Kabong 2018, kelmarin.
[ FOTO KHALID LATIP/BH ] Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Abdul Karim Rahman Hamzah selepas merasmikan Pesta Layanglaya­ng Kabong 2018, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia