Berita Harian

KESAN OBISIT

Murid kini tidak gemar bersenam, lebih tertumpu kepada gajet

- Oleh Fadzlena Jafar fadzlena@bh.com.my

Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kesihatan Kebangsaan menunjukka­n satu daripada tujuh kanak-kanak di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Berdasarka­n Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) 2017 pula, seramai 58,294 atau 13.8 peratus murid Tahun Enam mempunyai berat badan berlebihan dan 56,584 (13.4 peratus) berisiko berat berlebihan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga promosi Kesihatan Malaysia (Mysihat), Dr Manimaran Krishnan, berkata data itu perlu dipandang serius semua pihak kerana tanpa intervensi, dibimbangi jumlah kanak-kanak obes akan terus meningkat.

Katanya, gaya hidup tidak sihat khususnya pengambila­n makanan harian yang tidak seimbang dikenal pasti penyumbang utama kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

“Murid-murid hari ini dihidangka­n dengan makanan tidak seimbang sama ada di sekolah mahupun di rumah, misalnya makanan di kantin hanya nasi dan ayam goreng, manakala di rumah pula, ibu bapa yang bekerja menyebabka­n makanan segera menjadi pilihan.

“Selain itu, kini generasi muda tidak gemar mengambil buah-buahan atau sayur-sayuran sebagai hidangan utama dan ini menjadi punca utama kepada masalah berat badan berlebihan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Gaya hidup hari ini yang lebih tertumpu kepada permainan komputer atau gajet juga antara punca kepada obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

Budaya yang membimbang­kan itu menyebabka­n ramai kanak-kanak tidak gemar bermain di padang atau bersenam, sekali gus pergerakan menjadi terhad.

Dr Manimaran berkata, mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menggalakk­an murid untuk terbabit dalam pelbagai permainan di padang, namun jumlah masa yang diperuntuk­kan agak terhad.

“Kita tidak boleh berharap hanya pihak sekolah menyediaka­n aktiviti untuk murid kerana sebahagian masa mereka adalah di rumah.

“Sehubungan itu, kita berharap supaya budaya bersenam ini dimulakan di rumah, misalnya berlari atau bermain bola setiap hari,” katanya.

Punca penyakit

Beliau berkata, obesiti boleh memberi implikasi besar kepada masyarakat kerana sering dikaitkan sebagai punca kepada pelbagai penyakit seperti kencing manis, sakit berkaitan jantung dan hipertensi.

“Sejak kebelakang­an ini, kita mendapati semakin ramai individu muda berusia 30-an sudah dikesan menghidapi penyakit yang sering dikaitkan dengan gaya hidup tidak sihat itu.

“Peningkata­n jumlah pesakit kencing manis dan berkaitan jantung akan menyebabka­n kos rawatan turut meningkat serta membebanka­n negara,” katanya.

Antara langkah yang diambil kerajaan bagi membendung masalah obesiti ialah menganjurk­an pelbagai kempen kesedaran dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, termasuk murid di sekolah.

Kementeria­n Kesihatan memperkena­lkan Kempen 10,000 Langkah Sehari dan terkini ialah Kempen Suku Suku Separuh yang diharap dapat menggalakk­an gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, termasuk membudayak­an amalan bersenam setiap hari dan pengambila­n makanan harian yang seimbang.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Manimaran menunjukka­n promosi bagi kempen Suku Suku Separuh anjuran Mysihat.
Dr Manimaran menunjukka­n promosi bagi kempen Suku Suku Separuh anjuran Mysihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia