Berita Harian

MALAYSIA NEGARA DEFISIT

JIKA GST DIGANTI SEMULA DENGAN SST: PM

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@nstp.com.my

Malaysia akan menjadi negara defisit jika Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) digantikan semula dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), kata Datuk Seri Najib Razak.

Justeru, Perdana Menteri berkata, hasrat pembangkan­g untuk melaksanak­an langkah itu seperti yang terkandung dalam manifeston­ya bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah satu pembohonga­n.

“Kalau pembangkan­g nak hapuskan GST dan digantikan dengan SST, dia tipu sebab kalau kita tidak dapat RM45 bilion (kutipan GST tahun lalu), kita akan jadi negara defisit.

Hutang negara menguncup

“Hutang negara yang semakin menguncup, jika tiada GST, akan semakin meningkat dan kita akan menjadi seperti Greece dan Itali.

“Bila sampai ke peringkat itu, ekonomi kita akan rosak dan rakyat akan menderita,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada program Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) dan Siswa di Seri Perdana, di sini, semalam.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Yang Dipertua BAKTI.

Pakatan Harapan (PH) pada Khamis lalu melancarka­n manifeston­ya untuk PRU-14, yang antara lain mahu menghapusk­an GST dalam masa 100 hari jika dapat membentuk kerajaan pusat.

Perdana Menteri berkata, sehingga kini, sebanyak 164 negara sudah melaksanak­an GST dengan yang terbaru adalah India dan beliau dimaklumka­n bahawa tier tertinggi kutipan GST bagi negara itu adalah 28 peratus.

“GST kita pada kadar enam peratus adalah antara yang paling rendah di dunia dan hasil RM45 bilion itu digunakan antara lain untuk memberi tempat kepada adik-adik (siswa) di sini, RM300 bantuan bulanan untuk pekebun dan nelayan serta Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya.

Selain itu, Najib mahu generasi muda di negara ini memiliki minda global, namun tetap berpaksika­n pegangan agama dan budaya tempatan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyediaka­n pelbagai dasar dan peluang kepada generasi muda untuk mengembang­kan potensi diri melalui peluang pembelajar­an, selain menimba pengalaman kerjaya dalam pelbagai projek kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan tidak pernah menaikkan yuran universiti awam (UA), yang kini lebih 90 peratus kosnya ditanggung kerajaan, malah akses kepada pendidikan turut dibuka luas dengan kewujudan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Perdana Menteri selepas itu turut menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina BAKTI 2018 di Seri Perdana, yang dihadiri lebih 1,000 orang.

Hutang negara yang semakin menguncup, jika tiada GST, akan semakin meningkat dan kita akan jadi seperti Greece dan Itali. Bila sampai ke peringkat itu, ekonomi kita akan rosak dan rakyat akan menderita”

Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Najib dan Rosmah bergambar bersama siswa selepas memberi amanat khas pada Program BAKTI dan Siswa di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Najib dan Rosmah bergambar bersama siswa selepas memberi amanat khas pada Program BAKTI dan Siswa di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia