Berita Harian

BN selesai pilih calon

PM dijangka umum nama layak pada bila-bila masa

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Senarai nama calon Barisan Nasional yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada bila-bila masa

Barisan Nasional (BN) sudah selesai menetapkan senarai akhir calon yang akan dipertaruh­kan bertanding di 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n berkata, senarai nama itu akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada bila-bila masa.

Diumum bila-bila masa

“Sudah (selesai). Tunggu sahaja (pengumuman),” katanya ringkas menjawab soalan mengenai isu calon untuk PRU-14, selepas melawat Perumahan Awam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong di sini, semalam.

Pada PRU-13, BN yang menampilka­n 33 peratus calon muka baharu, memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen dengan UMNO menang 88 daripada 121 kerusi yang ditandingi.

Bagaimanap­un, UMNO kehilangan dua kerusi apabila Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada parti dan menganggot­ai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) manakala Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertindak keluar parti dan menjadi Presiden Parti Warisan Sabah.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang semua 14 kerusi Parlimen, sekali gus menjadikan­nya parti kedua terkuat selepas UMNO dalam BN. MCA memenangi tujuh kerusi daripada 37 kerusi ditandingi manakala MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen.

GERAKAN cuma berupaya menang satu daripada 11 kerusi, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menang satu daripada tujuh kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) pula mempunyai enam kerusi, manakala Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) serta Parti Bersatu Sabah (PBS) masing-masing menang empat kerusi.

Terdahulu pada sidang medianya, Tengku Adnan berkata, BN enggan menguar-uarkan senarai calon dan persiapan menghadapi PRU-14 kerana tidak mahu dilabel sama seperti pakatan pembangkan­g.

“Saya tidak mahu jadi seperti pembangkan­g. Cakap-cakap sahaja tetapi tidak buat. We walk the talk. So wait for a while ok,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau membidas sikap pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang enggan patuh kepada undang-undang dan peraturan parti sehingga ditegur Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, Tengku Adnan meminta Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya menjaga partinya dan tidak membuat tuduhan tidak berasas kononnya ROS bersikap tidak adil terhadap parti itu.

“Suruh dia jaga parti dia sendiri. ROS mesti ada sebab (tegur PPBM), kalau kamu tidak ikut undangunda­ng (susah). Negara ini ada undang-undang, tolong ikut undang-undang dan peraturan.

“Kamu ada Ahli Parlimen yang bercakap pasal undang-undang (di Parlimen) tetapi apabila keluar kamu tidak peduli undang-undang. Mengapa?” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Tengku Adnan melawat PPR Pekan Kepong di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Tengku Adnan melawat PPR Pekan Kepong di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia