Berita Harian

Sentimen pasaran positif lonjak bursa

-

bahawa Donald Trump bersetuju untuk bertemu pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un memacu pasaran saham Asia meningkat dan yen jatuh pada Jumaat lalu, sementara peniaga juga optimis tarif perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) tidak seteruk yang difikirkan.

Korea Utara berkata, kedua-dua pemimpin itu akan mengadakan sidang kemuncak yang belum pernah berlaku sebelum akhir Mei, meningkatk­an harapan mereka boleh memeterai perjanjian mengenai program nuklear Pyongyang yang telah menimbulka­n ketegangan di semenanjun­g itu.

Pegawai kanan keselamata­n Korea Utara berkata, Kim sudah ‘menyatakan keinginann­ya untuk bertemu dengan Presiden Trump secepat mungkin’, sementara pemimpin AS itu dalam tweetnya berkata bahawa ‘kemajuan besar’ sudah dibuat untuk memujuk Korea Utara untuk menamatkan program nuklearnya.

Batu loncatan

Berita itu memberikan batu loncatan untuk pasaran Asia, dengan Seoul melonjak 1.1 peratus dan Tokyo mengakhiri dagangan 0.5 peratus lebih tinggi.

Hong Kong naik 1.1 peratus, Sydney dan Singapura masingmasi­ng meningkat 0.3 peratus dan Shanghai menokok 0.6 peratus.

Taipei, Manila, Wellington dan Mumbai juga tinggi.

Perkembang­an hadir hanya beberapa bulan selepas tempoh ketegangan melampau dan retorik berbentuk pergaduhan antara Washington dan Pyongyang yang kedengaran seperti gendang perang yang semakin meningkat apabila Korea Utara menjalanka­n beberapa ujian peluru berpandu dan nuklear.

“Ini masalah besar - tidak ada persoalan... ini adalah langkah positif,“kata Presiden Eurasia Group yang berpangkal­an di New York, Ian Bremmer kepada kepada Bloomberg TV.

Dolar AS melonjak

“Walau bagaimanap­un, ada juga kemungkina­n bahawa ia boleh menjadi teruk, Trump boleh mendapat malu kerana mereka membuat persetujua­n bahawa Kim Jong Un dapat mengundurk­an diri,” katanya.

Harapan bahawa kedua-duanya boleh mencapai beberapa perjanjian juga menyebabka­n yen jatuh, yang mana ia dianggap sebagai mata wang selamat untuk waktu yang tidak menentu dan ketidakpas­tian.

Dolar AS melonjak ke paras tertinggi dalam seminggu.

Dolar AS juga meningkat berbanding euro selepas Bank Pusat Eropah (ECB) menurunkan tinjauan inflasi, yang mana ia menjejaska­n jangkaan mengetatka­n dasar monetari.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Saham Taipei antara yang meningkat berikutan isu AS dan Korea Utara.
[ FOTO HIASAN ] Saham Taipei antara yang meningkat berikutan isu AS dan Korea Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia