Berita Harian

JENAKA BERBEZA

Lawak Ke Der 2018 tampil wajah baharu

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Selepas setahun tidak mementaska­n Lawak Ke Der, yang sebelum ini seakanakan menjadi rutin buat syarikat produksi Tall Order Sdn Bhd, program komedi yang menampilka­n ramai pelawak terkenal itu kembali menyemarak­kan pentas berprestij Panggung Sari, Istana Budaya, pada 29 hingga 31 Mac ini.

Bukan sekadar menampilka­n muka baharu, penerbitny­a, Datuk Hans Isaac membuat kejutan apabila mengundang penyanyi terkenal, Datuk Zainal Abidin sebagai seorang daripada selebriti menjayakan acara itu, kali ini.

Pemilihan penghibur yang juga bekas vokalis Headwind itu sudah pasti menimbulka­n tanda tanya kepada peminat dan pengikut setia program terbabit. Maklum saja, dalam ramairamai pelawak yang ada, mengapa Zainal yang lebih dikenali di lapangan nyanyian diberikan peluang istimewa itu?

Hans menjawab, sebagai kawan, beliau tahu kebolehan Zainal dan percaya, artis berkenaan mampu melakukan tanggungja­wab menghiburk­an khalayak di pentas dengan baik.

“Saya tahu, Zainal mempunyai sesuatu yang unik boleh diketengah­kan pada program ini. Ketika menyaksika­n konsertnya, tahun lalu, saya lihat dia mempunyai potensi untuk dibawa ke pentas

Lawak Ke Der kerana celotehnya memang melucukan. Tak sangka dia mempunyai bakat untuk menjadi seorang pelawak.

“Isi kandungan jenakanya juga bagus dan saya yakin penonton boleh menerimany­a kerana ia memuatkan kisah benar serta pengalaman pernah dilaluinya,” ujar Hans ketika ditemui pada majlis sidang media Lawak Ke Der 2018 di ibu kota, barubaru ini.

Elak sebut nama

Selain Zainal, aktor yang mula dikenali menerusi filem Ringgit

Kasorrga itu turut menampilka­n pelawak terkenal dari Singapura yang sinonim dengan watak Phua Chu Kang, Gurmit Singh; kumpulan Shiro; selain mengekalka­n Datuk Afdlin Shauki. Sherry Alhadad dan Shuk pula bertindak sebagai pengacara.

Sementara itu, ditanya mengenai cara beliau mengawal peserta daripada berjenaka secara keterlalua­n sehingga boleh membuatkan sesetengah pihak terasa, Hans berkata, peringatan sudah pun diberikan kepada semua selebriti terbabit.

“Saya tidak boleh halang mereka untuk bercerita apa saja topik bagi dijadikan bahan jenaka. Saya memang memberikan kebebasan kepada mereka dari segi kandungan.

“Cuma kalau masingmasi­ng mahu menyentuh sesuatu isu dan menujukann­ya kepada seseorang, saya berharap mereka tidak menyebut sebarang nama.

“Selain itu, mereka juga terikat dengan garis panduan, iaitu tidak menyentuh perkara yang sensitif seperti agama dan juga seks,” terangnya.

Terdahulu, Afdlin ada memberitah­u, beliau akan menjadikan kisah Hans yang sehingga ke hari ini belum berumah tangga sebagai bahan lawak jenakanya.

Justeru, apakah pelakon dan pengarah tinggi lampai itu selesa apabila kisah peribadiny­a sendiri dijaja di pentas berkenaan?

Mengulas perkara terbabit, Hans berkata, beliau bersikap terbuka dalam hal itu dan tidak akan berasa tersinggun­g.

“Sudah lama saya kenal Afdlin dan memandangk­an hidup saya yang memang tidak berapa baik ketika ini, saya percaya dia akan menjadikan perkara itu sebagai modal untuk berjenaka. Saya terpaksa terima serta tidak boleh marah kerana kami sudah seperti adikberadi­k.

“Dia boleh tahu apa yang ada dalam hati dan perasaan saya. Kalau saya mahu membukukan kisah hidup, saya akan suruh Afdlin yang menulisnya,” katanya.

Tarik peminat urban

Mengulas pemilihan Gurmit pula, lelaki berusia 47 tahun itu berkata, keputusan terbabit dibuat bagi menyuntik elemen baharu dalam pementasan berkenaan.

“Gurmit akan berjenaka dalam bahasa Inggeris. Ia menjadi satu peluang untuk kami menarik penonton urban datang menyaksika­n pementasan ini,” kata pemilik nama lengkap Gerald Hans Isaac ini.

Bagi musim terbaru ini, harga tiket dijual serendah RM58, yang disifatkan Hans sebagai berbaloi.

“Dalam keadaan situasi semasa, orang ramai sangat berhatihat­i untuk berbelanja. Takkanlah disebabkan keadaan itu, kita nak sekat mereka untuk berhibur, sekali gus membiarkan show dari luar menguasai pasaran? Jadi, saya teruskan juga menjual tiket dengan harga yang rendah,” tegasnya.

Mereka terikat dengan garis panduan, iaitu tidak menyentuh perkara yang sensitif seperti agama dan juga seks” Hans Isaac

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] ?? Zainal bersama barisan pelawak terkenal pada sidang media Lawak Ke Der 2018 di ibu kota, baru-baru ini.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] Zainal bersama barisan pelawak terkenal pada sidang media Lawak Ke Der 2018 di ibu kota, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia