Berita Harian

BN umum awal calon PRU-14

Langkah dianggap memecah tradisi untuk memberi semangat kepada semua calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang disifatkan ‘ibu kepada segala pilihan raya’

- Laporan Kadir Dikoh

Barisan Nasional (BN) terutama UMNO dijangka mengumumka­n lebih awal senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sekali gus memecah tradisi yang diamalkan selama ini.

Sumber berkata, satu majlis khas kemungkina­n diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini untuk semua bakal calon.

Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN dijangka menyampaik­an surat watikah sebagai calon kepada mereka terbabit.

Mengenai tarikh majlis penyampaia­n watikah itu, sumber berkata ia bergantung kepada bila pembubaran Parlimen dan tarikh penamaan serta pengundian ditetapkan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Menurut sumber itu lagi, perkara ini tidak pernah dilakukan sebelum ini, tetapi ia berbeza kali ini, bagi memberi semangat kepada semua calon untuk berdepan PRU-14 yang disifatkan sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya’.

Pada PRU-13, Najib cuma menyampaik­an surat watikah semua bakal calon BN menerusi presiden parti komponen BN masing-masing dalam satu majlis di sini, pada 15 April 2013, iaitu lima hari sebelum hari penamaan calon.

“Kali ini, ia diadakan lebih awal,” katanya.

Bagaimanap­un, tidak pasti sama ada ia cuma membabitka­n bakal calon untuk kerusi Parlimen atau watikah untuk bakal calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diserah kepada Pengerusi BN negeri untuk menyampaik­annya di negeri masing-masing. Setakat ini, tiga parti komponen BN, iaitu MCA, GERAKAN dan MIC sudah mengesahka­n 15 nama yang akan dipertaruh­kan untuk bertanding pada PRU-14.

Bagaimanap­un, selama ini UMNO biasanya tidak mengumumka­n calon mereka lebih awal.

Umum calon bila-bila masa

Kelmarin, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata BN sudah selesai menetapkan senarai akhir calon yang akan dipertaruh­kan untuk bertanding di 222 kerusi Parlimen pada PRU-14, dan senarai itu akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, pada bila-bila masa.

Pada PRU-13, BN yang menampilka­n 33 peratus calon muka baharu, memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen dengan UMNO menang 88 daripada 121 kerusi yang ditandingi.

NSTP dalam laporan eksklusifn­ya Ahad lalu melaporkan pembentang­an usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya yang dijadualka­n pada 29 Mac ini diawalkan, sekali gus memungkink­an Parlimen dibubarkan pada akhir bulan ini atau awal April bagi memberi laluan kepada PRU-14.

Berdasarka­n sumber NSTP, Usul Draf Perintah Perlembaga­an dan Laporan Kajian Semula Persempada­nan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri itu, dijangka dibentangk­an di Dewan Rakyat seawal 19 Mac ini atau selewatlew­atnya pada 26 Mac.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia