Berita Harian

NAJIB TEMPELAK AZMIN ISU KRISIS BEKALAN AIR SELANGOR

Ahli Parlimen BN bantah soalan kaitkan hutang negara dengan 1MDB

-

Cubaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba mengaitkan hutang negara dengan isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dibalas Datuk Seri Najib Razak yang bertanyaka­n mengenai krisis air di negeri pimpinan PKR itu.

Terdahulu Ahli Parlimen PKR Gombak itu dalam soalan tambahanny­a kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam, bertanyaka­n sama ada hutang 1MDB memberi kesan kepada hutang negara.

Bagaimanap­un, Najib menempelak beliau dan membangkit­kan isu air di Selangor yang dilihat lebih kritikal.

“YB Gombak, kemelut air di Selangor lebih kritikal,” kata Perdana Menteri dengan senyuman.

Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kemudian bangkit menyuaraka­n bantahan berhubung rasional soalan berkenaan yang cuba mengaitkan pengurusan hutang negara dengan 1MDB.

“Isu air Selangor lagi kritikal. Kenapa tak selesaikan?” antara kritikan yang kedengaran diajukan kepada Timbalan Presiden PKR itu.

Antara yang lantang membidas Mohamed Azmin adalah Datuk Othman Abdul (Bn-pendang), Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (Bnbaling), Datuk Noraini Ahmad (BN- Parit Sulong), Datuk Normala Abdul Samad (Bn-pasir Gudang) dan Datuk Ahmad Nazlan Idris (Bnjerantut).

Sekadar perbanding­an

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang pada awalnya mengukir senyuman menyaksika­n ‘drama’ itu, akhirnya campur tangan dengan menyuruh semua Ahli Parlimen duduk, selain memberi amaran kegagalan menuruti arahannya bakal berdepan tindakan tegas.

Najib kemudian menerusi penjelasan, tujuannya menyentuh krisis air di Selangor ketika memberikan perincian terhadap soalan diajukan Menteri Besar Selangor itu adalah sekadar perbanding­an dalam menentukan keutamaan pengurusan kerajaan.

“Saya bagi peluang Gombak tanya soalan, jadi bagilah peluang saya jawab. Saya buat perbanding­an dan ia sekadar contoh (krisis air di Selangor).

“Kenapa punggung panas bila sentuh pasal air,” katanya sekali gus mengundang tawa dan dentuman meja tanda sokongan dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

Perdana Menteri menjelaska­n saiz hutang bukan ukuran utama keutuhan ekonomi Malaysia, sebaliknya bersandark­an kemampuan negara menjelaska­n pembayaran balik.

“Kekuatanny­a terletak pada kemampuan kita membayar balik hutang. Kalau sebut Singapura, hutang mereka lebih besar tetapi kemampuann­ya membayar balik tetap ada.

“Jadi, kita ada kemampuan bayar balik yang tidak boleh dipersoalk­an kerana badan penarafan antarabang­sa meletakkan Malaysia dalam kategori A.

“Ia bermakna kewangan negara termasuk hutang diuruskan secara baik, dengan harapan bahawa masalah air di Selangor juga akan diselesaik­an sebaik mungkin,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Sidang Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila krisis air Selangor ditimbulka­n ketika Perdana Menteri menjawab soalan Azmin pada sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Sidang Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila krisis air Selangor ditimbulka­n ketika Perdana Menteri menjawab soalan Azmin pada sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia