Berita Harian

SIAPA TANDATANGA­N PINDAH MILIK TANAH FELDA DIDEDAH DI PARLIMEN

Laporan audit forensik, 240 dokumen tidak boleh didedah kerana masih dalam siasatan

-

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Idris Musa, Rizanizam Abdul Hamid, Luqman Arif Abdul Karim, Farhana Syed Nokman dan Nor Ain Mohamed Radhi

Pengerusi dan Pengarah Besar FELDA adalah dua individu yang menandatan­gani surat kebenaran memberi kuasa wakil penuh (PA) kepada Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) untuk membangunk­an 24 lot tanah milik agensi itu di Jalan Semarak di sini, pada 3 Jun 2014.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim pada sesi pertanyaan jawapan lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Tan Sri Isa Samad adalah Pengerusi FELDA ketika itu, manakala Datuk Faizoull Ahmad adalah Pengarah Besar FELDA. Isa memegang jawatan itu dari 2011 hingga Januari 2017, manakala Faizoull dari 12 September 2012 hingga 29 Januari 2015.

Razali ketika menjawab soalan tambahan Datuk Fauzi Abdul Rahman (Pkr-indera Mahkota), berkata nama individu itu disebut dalam Laporan Audit Forensik yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat skandal tanah FELDA.

“Dalam dunia hari ini, kita tidak boleh sembunyika­n. PA itu ditandatan­gani Pengerusi FELDA dan Pengarah Besar FELDA ketika itu.

“Tetapi (jawapan ini) bukan (hendak menentukan) siapa betul atau siapa salah. Siasatan sedang dijalankan. Saya sebut ini kerana dibangkitk­an dan ada banyak syor serta penemuan dalam audit forensik,” katanya.

Pastikan isu tak berulang

Sebelum ini, individu yang bertanggun­gjawab menandatan­gani PA itu masih ‘kabur’ dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad enggan menamakan mana-mana individu yang dipercayai terbabit dalam urusan pemindahan tanah FELDA itu.

Sebaliknya, beliau mengemukak­an hasil laporan audit forensik kendalian firma luar yang dilantik Jabatan Perdana Menteri (JPM) mendapati secara kolektif, Lembaga Pengarah FELDA dan Felda Investment Corporatio­n Berhad (FIC) terbabit dalam urusan itu.

Menjawab soalan tambahan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (PPBMPAGOH), Razali berkata, laporan audit forensik bagi projek KLVC dan 240 dokumen yang terbabit dalam kajian audit berkenaan tidak boleh didedahkan kerana siasatan masih dilakukan.

Katanya, semua dokumen itu termasuk syor yang dijangka diberi, telah diminta oleh polis dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk digunakan sebagai dokumen siasatan.

“Laporan audit tak boleh didedahkan kerana siasatan masih berlangsun­g dan kita akan pastikan perkara (yang timbul) berkaitan ini (projek KLVC) tidak akan berulang dengan memastikan kesemua jabatan kerajaan dan agensi berkaitan mematuhi perintah am.

“Apa yang berlaku di FELDA adalah satu pengajaran yang amat besar. Saya setuju kita tak boleh biarkan perkara ini berulang dan saya boleh beri jaminan tidak ada jabatan yang boleh terlepas daripada kajian (pemantauan) audit sebenarnya,” katanya.

Kontrovers­i membabitka­n tanah FELDA tercetus selepas laporan BH mendedahka­n, FELDA berisiko kehilangan tanah miliknya bernilai RM270 juta di Jalan Semarak bagi tujuan pembanguna­n KLVC menerusi transaksi pindah milik yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunk­annya.

Tak nafi tanda tangan surat

KLVC ialah projek yang dibangunka­n syarikat pemaju, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).

Jumaat lalu, Shahrir dilaporkan berkata FELDA kembali mendapatka­n kesemua 16 lot tanahnya di Jalan Semarak di sini, yang sebelum ini didaftarka­n atas nama SPSB.

Sementara itu, Isa ketika bercakap kepada sebuah portal berita, tidak menafikan bahawa beliau menandatan­gani surat wakil kuasa untuk memindahka­n hak milik tanah lembaga itu di Jalan Semarak.

“Kalau (timbalan) menteri cakap begitu, itulah takkan (timbalan) menteri cakap tak betul pula,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia