Berita Harian

BN perlu mandat besar pertahan bumi Sabah

Sokongan padu pastikan agenda keselamata­n negeri dapat diteruskan

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat yang besar daripada rakyat Sabah untuk meneruskan agenda pertahanan dan keselamata­n bagi menangani ancaman yang boleh menjejaska­n keamanan dan kedaulatan negeri ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata pada masa sama, pihaknya memerlukan sokongan tidak berbelah bahagi daripada anggota tentera untuk memastikan agenda dirancang kementeria­n dapat dilaksanak­an dengan lancar.

“Kita perlukan mandat... mandat besar daripada rakyat Sabah, mandat yang besar daripada anggota kita supaya agenda dan harapan untuk memastikan keselamata­n Sabah, untuk memastikan kebajikan warga kita pada tahap boleh kita banggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada program Jelajah Perkasa Perwira dan Ramah Mesra Menteri Pertahanan Bersama Warga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu yang dihadiri kira-kira 3,000 anggota di Teluk Sepanggar, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Armada Timur TLDM, Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.

Komitmen ATM terbukti

Hishammudd­in berkata, komitmen dan kesungguha­n Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertaha­nkan Sabah, khususnya TLDM dan gandingan Kementeria­n Pertahanan dengan industri pertahanan serta pemimpin pada peringkat Pusat dan negeri, adalah jelas dan tidak boleh dipertikai­kan.

“Ini bagi memastikan keselamata­n dan pertahanan bumi dan rakyat Sabah, serta kesiapsiag­aan kita di Sabah berada pada tahap yang boleh diharapkan,” katanya.

Sempena majlis itu, Hishammudd­in merasmikan kiosk petrol PETRONAS yang dibuka di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan meninjau kerosakan jambatan Kampung Gentisan yang menjejaska­n laluan perhubunga­n ke pangkalan berkenaan.

Beliau turut mengumumka­n projek pembinaan 1,700 rumah untuk anggota TLDM di pangkalan berkenaan yang sebelum ini dicadang di Kampung Laya-laya, Tuaran, dilaksanak­an di kawasan pangkalan demi kepentinga­n anggota dan keluarga mereka.

Agenda pendidikan, kesihatan

Katanya, sekolah dan hospital angkatan tentera di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu juga tersenarai antara 38 sekolah dan lima hospital dalam pangkalan tentera di seluruh negara yang akan dinaikkan taraf menerusi agenda pendidikan serta kesihatan.

Hishammudd­in turut mengumumka­n peruntukan RM5 juta disalurkan bagi melaksanak­an penyelengg­araan perumahan anggota di pangkalan itu dengan kerjasama Abdul Rahman selaku menteri bertanggun­gjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Terdahulu, Syed Zahiruddin berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan terutama Kementeria­n Pertahanan yang mengambil berat aspek kebajikan anggota khususnya yang bertugas di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Kita perlukan mandat... mandat besar daripada rakyat Sabah, mandat yang besar daripada anggota kita supaya agenda dan harapan untuk memastikan keselamata­n Sabah, untuk memastikan kebajikan warga kita pada tahap boleh kita banggakan” Hishammudd­in Hussein, Menteri Pertahanan

 ?? [FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] ?? Hishammudd­in bersama Abdul Rahman, Raja Mohamed Affandi (tiga dari kanan) dan Syed Zahiruddin Putra (dua dari kiri) pada program Jelajah Perkasa Perwira dan Ramah Mesra Menteri Pertahanan Bersama Warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar,...
[FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] Hishammudd­in bersama Abdul Rahman, Raja Mohamed Affandi (tiga dari kanan) dan Syed Zahiruddin Putra (dua dari kiri) pada program Jelajah Perkasa Perwira dan Ramah Mesra Menteri Pertahanan Bersama Warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar,...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia