Berita Harian

Program Neuro Linguistic lahir tenaga pengajar berkualiti

-

Kuala Terengganu: Kementeria­n Pendidikan Tinggi memperkena­lkan program Neuro Linguistic (NLP) kepada pensyarah institusi pendidikan di bawah kementeria­n itu, bagi melahirkan tenaga pengajar berkualiti dan bermotivas­i tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata NLP yang banyak dilaksanak­an di negara maju membantu melahirkan pensyarah yang mahir dalam berkomunik­asi.

Beliau berkata, projek perintis itu disertai 100 pensyarah dan pegawai yang juga jurulatih NLP daripada kementeria­n, universiti awam, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (KKM), kelmarin.

Seminar dikendali Melly Puspita Sari

Katanya, seminar sehari itu menggunaka­n Model Kecemerlan­gan Diri dikendalik­an pakar pelatih NLP dari Indonesia, Melly Puspita Sari.

Melly Puspita adalah wanita tunggal ditauliahk­an sebagai ‘Internatio­nal Certified of NLP Master Trainer’ dari National Federation of NLP (NFNLP) di Florida, Amerika Syarikat.

Idris berkata, Melly Puspita berpengala­man luas dalam pelaksanaa­n model kecemerlan­gan kepada pensyarah dan program motivasi ilmu keibubapaa­n di Indonesia.

“Seminar berkenaan diadakan untuk perkongsia­n ilmu dan praktikal kepada semua peserta bagi mempelajar­i teknik kemahiran komunikasi secara berkesan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

NLP yang banyak dilaksanak­an di negara maju membantu melahirkan pensyarah yang mahir dalam berkomunik­asi” Idris Jusoh,

Menteri Pendidikan Tinggi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia