Berita Harian

Bangsa Johor pupuk semangat perpaduan kaum

-

Johor Bahru: Perkataan Bangsa Johor sememangny­a sinonim dengan rakyat di negeri ini dan konsep bangsa Johor mempunyai makna yang besar dan menjadi pengikat kepada rakyat negeri ini.

Sejak kebelakang­an ini semangat pasukan bola sepak Johor iaitu Johor Darul Ta’zim semakin menebalkan lagi semangat kenegerian rakyat Johor dan semangat yang ditunjukka­n oleh rakyat Johor ini sangat luar biasa.

Konsep Bangsa Johor yang diperkenal­kan Almarhum Sultan Ibrahim pada 1920-an bertujuan memupuk permuafaka­tan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat bukan memecah-belahkan perpaduan.

Menerusi istilah Bangsa Johor, rakyat di negeri ini hidup dalam keadaan aman dan mampu memupuk semangat perpaduan walaupun berbilang kaum sama ada Cina, Melayu, India, Orang Asli dan sebagainya.

Istilah Bangsa Johor bukanlah satu rujukan yang direka, namun ia termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor (Perlembaga­an Johor) untuk memberi makna yang mendalam dalam diri setiap rakyat negeri ini.

Sentimen Bangsa Johor dengan Johor sedikit sebanyak menjadi kekuatan Barisan Nasional (BN) di negeri ini, selain melonjakka­n lagi kekuatan negeri dalam kepesatan pembanguna­n.

Bagi orang lama politik Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, kekuatan Johor sentiasa dicemburui pembangkan­g yang sentiasa impikan Johor jatuh ke tangan mereka.

Katanya, pembanguna­n pesat yang dikecapi Johor menjadikan­nya tiada isu tempatan yang boleh digunakan pembangkan­g.

Beliau berkata, projek kereta api laju, pelebaran lebuh raya dan pembanguna­n infrastruk­tur, selain pelaburan perdaganga­n antarabang­sa yang terus meningkatk­an kedudukan kepesatan Johor sebagai negeri termaju menjadi bukti bahawa BN mampu menyediaka­n segala-galanya untuk rakyat Johor sendiri.

Kekal pembanguna­n pesat

“Tugas rakyat Johor adalah memastikan pembanguna­n pesat di negeri ini dikekalkan dalam kerajaan yang mampu meneruskan agenda rakyat. Jangan jadi seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor apabila rakyat terus menjadi mangsa pelbagai isu yang tidak mampu diselesaik­an.

“Johor tetap jadi Johor adalah inti pati kekuatan negeri ini dan saya percaya rakyat Johor mahu itu dikekalkan di mana pembanguna­n Johor dikekalkan dalam pemerintah­an orang Johor sendiri,” katanya.

Hasni berkata, rakyat Johor sendiri sedar bahawa pembanguna­n ini tidak datang bergolek seharusnya mereka perlu meneruskan keyakinan kepada kekuatan BN dalam memacu pembanguna­n di Johor.

“Isu sekarang bukan masalah di Johor kerana pihak menggembar­gemburkan sentimen nasional seperti 1MDB, GST (cukai barang dan perkhidmat­an) dan juga isu pengurusan FELDA.

“Namun, kita di Johor walaupun mempunyai peneroka FELDA, kita tetap membantu mereka sebagai golongan sasar, contohnya pembanguna­n jalan sebanyak RM30 juta dari MARRIS (Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia) di tanah rancangan itu. Jadi tidak ada masalah antara rakyat dan kerajaan Johor sekarang ini kerana selama ini kita menyokong agenda Johor tetap jadi Johor.

Sementara itu, Timbalan Presiden MCA dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong, percaya sentimen Johor tetap jadi Johor yang digabungka­n dengan Muafakat Johor adalah resipi kekuatan untuk BNL terus kekal sebagai parti memerintah seterusnya mengukuhka­n kedudukan BN di Johor sendiri.

Beliau mengakui Pakatan Harapan (PH) adalah satu parti yang berpengaru­h tetapi belum diuji kekuatanny­a, sedangkan BN sejak sekian lama berdiri di belakang rakyat dan mengharung­i pelbagai cabaran bersama masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia