Berita Harian

‘Perlu laksana dalam tempoh empat bulan’

-

Nilai: Krisis air di Selangor akan lebih buruk sekiranya kerajaan negeri enggan melakukan proses migrasi sebelum Julai ini.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang, berkata proses migrasi kepada sistem baharu yang lebih sistematik dalam kerangka Akta Industri Perkhidmat­an Air (WSIA 2007) itu perlu dilaksanak­an dalam tempoh empat bulan lagi.

Sehingga kini, katanya, kerajaan Selangor menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AIS), belum menyatakan persetujua­n dengan perbincang­an proses migrasi berkenaan yang tertangguh lebih setahun.

“Sekiranya (kerajaan negeri) tidak melaksanak­an proses migrasi, akan ada banyak implikasi seperti Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat 2 yang boleh menampung 1,130 juta liter sehari (MLD) tidak dapat digunakan.

“Ini bermakna LRA yang dalam percubaan dan dijangka siap sepenuhnya awal Mei ini tidak boleh digunakan sedangkan ia membekalka­n margin simpanan air 10 peratus kepada negeri itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, semalam.

Perbelanja­an tinggi

Zaini berkata, Selangor dan negeri lain yang tidak melakukan proses migrasi terpaksa menampung perbelanja­an tinggi untuk pembinaan loji, mengganti paip dan kerja penyelengg­araan lain.

Katanya, proses berkaitan dengan membaik pulih infrastruk­tur itu menelan belanja antara RM3 bilion hingga RM8 bilion dan tiada syarikat air yang sanggup mengeluark­an perbelanja­an terbabit.

“Apa yang dilakukan ialah menjalanka­n kerja penyelengg­araan kecil seperti menampal kebocoran, membaiki dan mengganti paip rosak,” katanya.

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Zaini pada Sesi Dialog TN50 dan Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030 di USIM, Nilai, semalam.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Zaini pada Sesi Dialog TN50 dan Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030 di USIM, Nilai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia