Berita Harian

Kita buka ruang kepada warga asing

-

Minggu lalu, BH melalui laporan khas membongkar isu perniagaan ‘homestay’ dan penginapan mewah di beberapa lokasi sekitar ibu negara yang didalangi warga Bangladesh.

Susulan pendedahan eksklusif itu, Unit Quick Response Team (QRT) Jabatan Imigresen menyerbu ‘port’ di Jalan Imbi, pada awal pagi Jumaat dengan 28 warga Bangladesh yang terbabit kegiatan itu ditahan.

Alhamdulil­lah, laporan BH membawa kesan. Insya-allah, banyak lagi pendedahan mengenai kegiatan haram warga asing di negara ini akan menyusul.

Ini disebabkan banyak maklumat diterima susulan pendedahan dibuat, sekali gus membuktika­n isu berkaitan warga asing, khususnya yang berstatus haram memerlukan pemerhatia­n khusus.

Ruang lingkup isu ini sebenarnya cukup besar memandangk­an bilangan pekerja asing di negara ini berpanduka­n rekod Jabatan Imigresen, mencecah 1.7 juta pada akhir 2017.

Itu jumlah berdaftar yang belum termasuk warga asing berstatus pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diyakini jumlahnya juga besar.

Ada yang mempertika­i kehadiran tenaga kerja asing dengan mengandaik­an isu ini ibarat pepatah ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiar kelaparan’.

Analogi digunakan ialah ramai warga tempatan menganggur kerana keutamaan peluang pekerjaan, diberikan kepada warga asing.

Berdasarka­n rekod Jabatan Perangkaan, kadar penganggur­an negara pada suku kedua tahun lalu ialah 3.4 peratus atau bersamaan 511,600 orang. Apa pun analogi digunakan, justifikas­i asas ekonomi iaitu permintaan dan penawaran perlu diambil kira.

Permintaan tenaga kerja tinggi

Mengambil contoh bidang pembinaan, penulis ingin merujuk kenyataan Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), Foo Chek Lee, yang memaklumka­n sekurang-kurangnya 600,000 hingga 800,000 pekerja binaan diperlukan bagi menyiapkan projek sedang dan akan dilaksana.

Walaupun tenaga kerja asing dibawa masuk, Chek Lee berkata, ia belum mencukupi untuk menampung keperluan tenaga kerja dalam bidang itu.

Kenyataan itu membuktika­n permintaan terhadap tenaga kerja cukup tinggi, namun persoalann­ya kini, adakah orang kita mahu bekerja di sektor pembinaan?

Peningkata­n kos terpaksa ditanggung majikan akibat pembayaran levi RM1,850 untuk pengambila­n setiap pekerja asing dalam sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmat­an berkuat kuasa 1 Januari lalu, memungkink­an pekerja tempatan sebagai pilihan.

Soal kemahiran tidak perlu timbul kerana peluang latihan ada disediakan pihak Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB). Apa yang penting, asal ada kemahuan, di situ ada jalan.

Berbalik isu operasi haram warga asing di negara ini, BH menerima pelbagai maklum balas, bukan saja perniagaan ‘homestay’ dan penginapan mewah yang dimonopoli, sebaliknya ia jauh lebih luas meliputi pelbagai sektor.

Mengapa warga asing, termasuk yang tiada permit atau lesen, boleh menjalanka­n perniagaan dengan mudah sehingga ada yang mampu hidup mewah.

Penulis tak mahu komen dari segi penguatkua­saan kerana apa yang lebih dibimbangk­an ialah peluang dihidang sendiri orang kita kepada warga asing, termasuk yang berstatus pendatang tanpa izin dan mereka sememangny­a bijak dalam memanfaatk­annya.

Dalam kes perniagaan ‘homestay’ mewah didedahkan BH contohnya, kumpulan warga Bangladesh menyedari kewujudan unit kondominiu­m, villa atau ‘suite’ yang tidak dihuni. Jadi, mereka menggunaka­n peluang itu untuk mendekati pemilik dengan tawaran yang sukar ditolak.

Hal sama berlaku dalam banyak situasi lain, malah ada yang sanggup bersekongk­ol, membenarka­n nama mereka diguna warga asing untuk menjalanka­n bisnes tertentu, dengan menerima habuan tetap setiap bulan.

Jadi, tidak guna kita menyalahka­n pihak lain, jika kita sendiri yang ‘tutup mata’ dan menyokong perniagaan mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia